salam.. 
pukul 9 lebih pm tadi dah balik uni hall.. iftar kat rumah k. Ina best,makan2 nasi ayam, ayam panggang, dengan pengat labu.. syukur2, kat sini macam dah lama x makan ayam walaupun baru je beberapa hari berada jauh dari Msia..macam ksian je bunyinya..huhu..
ayam memang banyak je, tp kena cari kedai yg halal dan setakat ni, sy blum bpeluang nak masak2 sendiri pun..so, xyah nak bli bahan2 masakan kot..
hurmm,kat luar flat dah kdengaran bunyi budak2 mnyanyi, mngkin baru balik dari parti.. sy x kesah, cuma harap2nya xdalah mngganggu sangat macam haritu..
dorang (omputih) memang macam ni.. pagi hari kita mngkin akan kata dorang memang baik, berbudi bahasa tp pabila malam hari saat dah kurang kewarasan dek minuman keras tu, dorang agak membahayakan..
antara yg mngagumkan pasal mereka, dorang sntiasa mngucapkan terima kaseh.. even kalo kite tengok budak2 yg appearance mereka kurang senonoh, snior2 citizen (orang2 tua) yg dah bongkok2, pabila nak turun bas pun semua sekali akan cakap 'terima kaseh'.. dan jugak, dorang salu kata please kat hujung ayat pabila request sesuatu.. even nak mintak kita bayar barang pun, dorang kata.."..........................,please."
yang tu memang adab2 yg boleh diamalkan since kat Msia kekurangan budi bahasa kita amatlah ketara sekali.. tapi, bukannya semua..sesetengah je.. janganlah kerana nyamuk seekor, satu kelambu nak dibakar kan?? huhu.. wujudkah peribahasa ini?? +)
insyaAllah, esok akan bermulalah school induction sy, dan akan merosotlah sdikit aktiviti untuk explore bandar Cardiff ni.. tapi x mengapa, harap2 sy akan diberi kesempatan oleh-NYA di lain waktu untuk berbuat demikian..amin..
tadi pun sy sempat menelaah beberapa blog, dah dimasukkan dalam senarai 'semuanya macam syok'.. huhu..memang syok pun.. anyway, bagi sy inilah yg agak membahayakan dalam dunia bloggers ni.. sebab pabila mula membaca dan dirasakan menarik, sy selalu lupa nak berhenti.. +)
salah diri sendiri jugak tapi insyaAllah, sy akan usahakan mengontrol obsession nih..
lagipun tujuan utama sy kat sini adalah belajar.. ilmu ada di mana2, dan x semstinya sy maksudkan ilmu dunia je, ilmu akhirat jua yg terpenting..+)
yg penting, hati mesti kuat, iman kena mantap.. kalau dalaman kuat, apa2 aje yg orang buat dan kata kat kita xkan mematahkan semngat kita, insyaAllah.. cuma masalahnya, kalau orang menegur apa yg patut, jangan pulak buat x tau atau langsung xnak terima.. tapis dulu apa yg ditegur kmudian ambik apa yg patut.. itula sebab DIA jadikan kita hidup berkomuniti, untuk saling mngingatkan.. kalau xnak ditegur, mari sy hantarkan ke pulau yg terasing..hidup la sorang2 kat sana..huhu..
actually, saja je nak mengingatkan diri sendiri.. lagipun salu gak terserempak dengan blog description yg nasihatkan supaya jangan baca blog mereka kalau x sefahaman dengan mereka.. wahaha.. statement apekahh ini?? macam mana nak menegur kalau betul2 dorang tersilap pabila dorang dah letakkan barrier??
ape-ape aje.. kalau orang xnak terima nasihat,cuba lagi di lain kali.. insyaAllah, dipermudahkan-NYA asalkan ada nilai kesabaran dalam diri kita.. +)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment