berkampung

on Monday, July 20, 2009

siapa2 pun

on Monday, July 6, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, urusan IC selesai tanpa perlu membayar walau satu sen pun dan insyaAllah, akan siap dalam masa sebulan. Esei masih dalam 500 perkataan, berbaki 2500 lagi.. chaiyokk Jiah..


Belek2 fail, terjumpa gambar ketika di Matriks Labuan dulu. Gambar geng2 UBK (Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya).



Banyak benda yang sy belajar sepanjang menyertai UBK ni. Dulu, sy dipertanggungjawabkan sebagai ketua Biro Informasi dan Publisiti. Aktiviti pertama biro sy sekaligus sebagai aktiviti pertama UBK adalah menjual bookmark sebanyak 970 keping. Nightmare gak ketika menjual sebabnya kalau ikut hati sy, sy sendiri tak nak beli bookmark yang lembik tu, sangat nipis. Tapi permintaan daripada senior tetap diusahakan dengan sehabis daya. Alhamdulillah, penjualan bookmark berjaya. Huhu.


Antara cabaran yang ada ketika di matriks, penggunaan alatan teknologi canggih seperti laptop adalah minimum dan hanya sebilangan kecil yang memilikinya. Makmal komputer pula penuh dengan komputer yang tak dapat digunakan dan sistem internet hanya berfungsi pada beberapa komputer bertuah. Huhu. Suatu realiti yang telah lama ditinggalkan. Waktu buat kerja2 biro untuk UBK, memang hampir 100% manual.


UBK ni adalah satu2nya organisasi swasta di matriks, tidak seperti MPP dan badan surau yang sering mendapat bantuan daripada pihak pengurusan matriks. pengarah ko-kurikulum pun sering mencari kesalahan kami sebab dikatakan, beliau sebenarnya tak nak UBK yang swasta digunakan untuk mendapat kuota 10% untuk kokurikulum.. alhamdulillah kami berjaya survive. +)


Apa yang paling sy sukakan adalah bagaimana kami yang pelbagai latar belakang ni dapat disatukan oleh Pengerusi kami. Kami tidak tahu apa2 tentang konsep taat kepada pemimpin, tapi alhamdulillah segala projek yang dikendalikan oleh Pengerusi kami tetap berjalan lancar. Sy suka bekerja untuk beliau kerana beliau seorang yang yakin dan percaya pada kami.


Itu adalah sikap yang memang digemari oleh orang2 bawahan, macam sy.. huhu.. konsep ‘sy dengar, dan sy taat’ digunapakai ketika sy berurusan dengan pemimpin sebegitu, yang memang layak memperolehinya. Kalau tak, sy memang akan banyak kerenah sehingga kadang2 menolak untuk memberikan kerjasama. Kerana bagi sy, mereka mungkin hanya pandai mengarah dan bukannya menyampaikan amanah dan tanggungjawab.


Pemimpin ni berperanan seperti daie, iaitu menyampaikan. Dalam nak menjadi seorang penyampai yang baik, fleksibiliti adalah salah satu daripada banyak cara untuk menjadikan penyampaian itu berkesan. Pemimpin tidak sewajarnya hanya menuntut untuk difahami, pemimpin harus juga menyelami diri mereka yang dipimpin. Perlu difahami bahawa memahami orang2 bawahan tidaklah bermaksud pemimpin perlu menuruti segala kehendak mereka..


Selain itu, kami juga kurang agenda high-comm dalam barisan high-committee.. maksudnya, hampir kesemua perkara kami kongsikan bersama. bukannya hanya orang2 berportfolio teratas sahaja yang layak mengetahui sesuatu benda dan tiada yang berlabel pemantau semata-mata.. Bergelak ketawa tetap ada, kerana itu adalah rencah kehidupan manusia biasa seperti kami..


Alhamdulillah, aktiviti yang UBK anjurkan memang mendapat sambutan meskipun selalunya para peserta perlu membayar wang untuk menyertainya (kebanyakan aktiviti daripada persatuan2 lain adalah percuma).. Mungkin kerana kami tidak terlalu rigid, mahupun skema. Ya, mungkin.


sy teringat ketika projek 'Merdeka Race', ke 'Explore Merdeka' (tak ingat nama). yang penting, ia sempena hari merdeka, di mana kami berjaya mencari dan mengumpulkan 10 pasukan (5 orang setiap pasukan) dalam masa 2 hari sahaja tempoh promosi yang dibenarkan oleyh pihak kolej. hanya 2 pasukan mendaftar pada hari pertama dan disebabkan dah terlampau desperate, pada hari keduanya sy dan beberapa orang UBK menjaja (promote) projek ini kepada sesiapa sahaja yang tengah breakfast di kafe berhampiran.. ini bukannya kerana nak pentingkan kuantiti berbanding kualiti, tapi dah memang projek ni terbuka untuk semua pelajar.. huhu.. alhamdulillah, pengalaman sebagai promoter jalanan memang bertambah bila masuk UBK (kat sekolah, sy antara promoter jalanan untuk PUM, Persatuan Usahawan Muda..) +)


Antara projek raksasa datangnya daripada Biro Sukan dan Kebudayaan, di mana perancangan asal adalah melibatkan keseluruhan pelajar matriks berdasarkan kumpulan tutorial (dikenali sebagai kumpulan mentor-mentee). Takdir-NYA, kami hanya dapat melaksanakan 2/3 daripada pelan asal untuk 80 kumpulan tutorial yang melibatkan lebeyh kurang 1600 pelajar. projek untuk 40 lagi kumpulan dibatalkan kerana tiadanya peruntukan yang telah awal2 dijanjikan oleyh pihak kolej.


Apapun, seronok sangat ketika bekerja bersama mereka. Ketika itu, kami jarang diperingatkan pasal menunaikan amanah, tetapi kami sanggup juga berjaga tika malam meyiapkan segala urusan. Huhu.. sejujurnya, pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang adalah suatu perkara biasa yang berlaku dalam hidup setiap orang, dalam situasi yang berbeza.


Sebab itulah, sy agak terkilan pabila mereka yang faham tentang perjuangan agama dan banyak terlibat dengan program2 yang islamik mula membanding bezakan diri mereka dengan orang2 yang secara kasarnya sedang berehat ataupun bersantai di mata mereka. Mula merasakan hanya mereka yang benar2 berkorban dan benar2 berjuang demi agama. Hanya mereka yang bermanfaat kepada masyarakat. Apakah orang2 lain yang sebenarnya ketika itu mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk membahagiakan ibubapa terpisah dari agama? Bagaimana pula dengan mereka yang giat menambah ilmu untuk menyebarkannya, adakah tidak bermanfaat kepada orang lain? Dan, ada seribu satu lagi situasi yang mungkin kita tidak mampu untuk membayangkan pun.


Kita boleh lihat banyak program yang dijalankan oleh mereka yang mungkin kurang memahami Islam. Program2 itu banyak membuka ruang untuk pergaulan bebas, tak ketinggalan ada juga program2 mereka yang bermanfaat kepada masyarakat.. Mereka juga bersengkang mata memerah tenaga, mengorbankan masa bersama famili, mencari dana di sana sini.. Lantas, kenapa harus orang yang berjihad demi Islam tidak mahu mencontohi semangat yang sama? Dan tidak sewenang-wenangnya mengeluh mengatakan hanya mereka yang sanggup berkorban.


hurm~ entah di mana silapnya.. apapun, seperti kata2 Stephen R.Covey, "Seek first to understand, then to be understood.." dan ia adalah applicable untuk mana2 pihak..


Perlu diingat, pabila kita mula merasakan diri kitalah yang sentiasa betul dan hanya kitalah yang terbaik, di situlah sifat2 mazmumah boleyh terukir dan semakin terujalah iblis menggoda kita..


Wallahualam..

ditinggalkan..

on Monday, June 29, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

sy tengok balik post2 bahasa Sawak, xdalah teruk mana bahasa asli sy tu.. +)
abang sy pernah habaq sy bercakap dah tak bunyi 100% Sawak, tu la sy kena asah balik lidah Sawak.. WAJIB, sebab xnak keturunan sy tak reti bahasa ni.. maka, perlu la kan sy cari suami dari kawasan pedalaman Sawak.. best tau, sebab kebanyakan mereka reti berkebun.. tak perlu susah-payah sangat nak beli barang kat pasar.. Jimat3.. +)

abang ipar (Bg Dahari) kena transfer ke Simanggang (Sri Aman) dan baru berangkat petang tadi.. kasihan pulak sy tengok kakak dan anak kecil mereka Damia di bawah payung ketika hujan, menghantar pemergian Bg Dahari.. dorang ok jek, mak pulak yang sedeyh sket sebab risaukan Damia (risau Damia rindukan ayah).. ilek2, Damia baru je 7 bulan.. budak sekecik ni dah boleyh perasan ke yang orang2 tertentu tiada di sisi? mungkin.. huhu.. xpela, ini kerana urusan kerja, sesuatu yang tak dapat dielakkan.. lagipun, Kuching ke Simanggang hanya mengambil masa 3 jam.. kalau ada rezki, boleyhlah ulang-alik setiap minggu..

teringat sy perkara yang ditimbulkan oleh somebody tentang salah faham sesetengah orang terhadap jemaah tabligh (lebeyh kurang).. "Sesetengah manusia ni, kalau dengan jemaah tabligh mereka mudah nak kritik kerana meninggalkan anak isteri berbulan lamanya sebab keluar berdakwah, tapi kenapa kalau suami2 meninggalkan anak isteri atas urusan kerja dengan kadar masa yang sama (outstation, kena transfer, urusan duniawi etc..), tiada pulak orang nak kutuk?"

kenapa ek? atas urusan agama, dikatakan tidak berbaloi meninggalkan keluarga.. untuk urusan menambahkan harta dunia, diberi pujian dan galakan.. sy tak faham mungkin kerana sy belum mengalaminya.. ya, mungkin..

ini blog sr OT sy.. huhu.. persoalan menarik yang beliau timbulkan.. +) http://mahfuzah98.blogspot.com/2009/06/dia-di-hati.html

sy teliti balik perkahwinan kakak2 dan abang2, memang mereka semua ada sejarah perpisahan sementara dengan pasangan masing2.. semuanya atas urusan kerja.. syukurlah tak berapa jauh, kalau dari Kuching ke Bintulu pun ambik masa lebeyh kurang 12 jam jek kalo drive tak laju dan banyak berhenti.. (anyway, Sawak ni takdak la perhentian2 yang canggih macam kat Semenanjung.. kiri kanan banyak hutan, siap kena naik feri area Sibu.. kawasan yang bertol kalo x silap sy pun ada satu jek, kat Kuching.. itu semua dulu la, x tau la sekarang ni cmner.. majulah Sawak dalam Msia) dan yang paling jauh pun Bg Dil dengan kakak ipar sy, kak Sal yang dok di Sabah.. anak pun dah agak besar, nak dekat setahun..

hurm.. setiap perkara insyaAllah ada hikmahnya.. untuk kali ni, walaupun kakak dan Damia pasti merindui Bg Dahari, kebaikannya bagi sy adalah berkurangnya seorang abang ipar di rumah.. +) ye la, aurat still kena jaga.. dan, kepanasan global sangat dirasakan di rumah sy (kena jenguk rumah sy ntuk memahami).. huhu.. (teruknya ada adik ipar macam ni).. xpela, sebagai gantinya sy kena lebeyhkan masa bersama Damia.. Damia, bertabahlah (Akma suka pakei ayat tok)..

dan kalau dah atas urusan duniawi pun kita sanggup melepaskan sementara orang yang dikasihi (salu kalau dalam drama2 Melayu, anak2 muda meninggalkan keluarga/pasangan demi mengejar cita2) apalah sangat kalau ia adalah atas urusan perjuangan agama.. insyaAllah, kita sentiasa fikirkan kebaikan yang dilimpahkan-NYA.. seperti pemindahan tempat kerja abang ipar sy bawa kebaikan kepada sy, (ada kena mengena tak? kalo boleyh, sy nak semua abang ipar sy kena transfer jauh sket.. kejamnya diriku.. huhu) insyaAllah begitulah pemergian orang yang dikasihi atas urusan agama, akan membawa kebaikan kepada lebih ramai manusia di luar sana.. dia selamanya bukan milik kita, namun kekal milik-NYA demi kebaikan ummah.. bergembiralah anda sekiranya punya pasangan sebegitu.. (lagipun, bosan ah asyik kena tengok muka pasangan.. haha.. jangan marah, sy belum faham sangat psikologi orang2 yang dah kawen ni.. dan orang yang tak faham memang susah nak faham sebelum betul2 mengalaminya.. +p)

sy mendoakan ketabahan kakak dan Damia.. ameen.. insyaAllah, mencari rezki demi keluarga tercinta pun dalam senarai urusan agama.. +)
wallahualam..

mereka dan keluarga mereka

on Saturday, June 27, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

Innalillahi wa innalillahi raji'un.. ari marek, kamek dapat tauk ayahanda Wan dah sekda disebabkan sakit jantung.. dapat tauk pun daripada status ym Kim.. al-fatihah ntuk arwah.. insyaAllah, Wan jenis nok tabah dan kamek mendoakan mudah2an arwah ditempatkan di kalangan hamba2-NYA nok beriman.. ameen..

perkara macam tok mun boleh diperingatkan ngan adik2 yang nak fly, nang bagus juak.. tok pun macam persediaan ntuk sidak redha dengan apa2 juak yang boleyh terjadi kat Msia.. dan sidak pun boleyh ngingat orang umah supaya redha dengan apa2 juak yang kita sik tauk akan terjadi dengan dirik kita di perantauan..

selain dari ya, kamek dapat tauk juak pasal sigek benda.. kamek lagik maseyh terkejut.. kamek ngarap sahabat kamek tok tabah dan tetap terus juak bejuang.. since kamek jauh dari sahabat tok, apa yang kamek dapat polah hanyalah mendoakan supaya semua dipermudahkan-NYA.. dan, ingatlah bahawasanya doa adalah senjata orang mukmin..

wallahualam..

duit siapa?

on Thursday, June 25, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

erm, ariya kamek ada nganta emel ngan KPM claim duit untuk placement.. duak tiga ari kamek ngemel, dah ada GBP 600 dimasuk lam akaun kamek.. cepat juak, salunya ambik masa 2 minggu dari tarikh claim.. huhu.. apa gik, kamek kuarkan incit2 sebanyak 3 kali..

1/3, pakei mak.. 1/3, kamek plan nak simpan tapi memang xpat nak nyimpan banyak tok (x perlu dicerita kat sitok).. 1/3, pakei urusan yang kamek dah plan sejak dari Cardiff dolok n juak ntuk duit tiket semua.. sik sampei ati nak mintak ngan orang umah.. huhu.. sidak pun ada kesusahan masing2, kamek sik boleyh nambah beban..

yang agak menakutkan, bila tadik kamek cek ada agik GBP 600 dimasukkan ari marek.. KPM kah? tapi ntuk apa owh? apapun, kamek dah ngemel KPM nanyak.. andaikata sidak tersalah masuk duak kali duit claim ya, lega jua ati kamek sebab x terbelanja.. huhu..

obviously, duit nang cair jak bila balit umah tok.. adakah kamek tok belagak macam orang keja, salu jak nak maya mun ada apa2? huhu... sikpa la, dolok kamek dah banyak makei duit sidak selamak kamek sik megang duit dikpun.. kinek tok walau ia cuma duit biasiswa @ duit rakyat Msia, samalah macam ada duit dikpun ntuk makei sikit2 k orang umah.. bukan kamek sorang yang ada hak ke atas duit ya.. huhu..

wokeyh, nak nyetel hal tiket tok.. ndak alah2 jak error bila time nak maya.. +)


confusion2

on Tuesday, June 23, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
huhu.. belum dapat gik nak molah IC baru.. banyak juak cerita sidak.. sorang madah kenak molah gik laporan polis sebab sidak sik terima laporan polis dari oversea, sorang madah sik payah juz perlu embak kad student.. nokne nak diekot tok owh.. harap setel lah kelak, insyaAllah Sabtu tok pegi gik ke opis ya.. sebenarnya sik kisah pun mun sik molah IC tok, tapi mak mala nyuroh.. huhu..
kinek tok dah start molah esei 'Meaningful Occupation'.. haha.. dah sik tauk gine nak molah.. dolok kamek molah pasal cycling, tapi macam sik bagus jak.. n, lecturer yang mark esei kamek ya kritik something yang dipuji oleyh previous marker.. nokne nak diekot tok owh.. biol juak palak.. astaghfirullah.. hurm.. kamek perlu siap n pos esei ya sebelum 10 Ogos.. harap lulus la esei tok kelak.. insyaAllah.. ameen..
pasal nak pegi Semenanjung kelak, kamek nang mena nak pegi.. cuma gik bingong ngan orang umah, ariya mak pun ada madah nak ngekot.. hehe.. siney la kamek nak engkah mak kamek waktu kamek ngekot program.. kakya, kakak kamek akan ngekot kursus 3 bulan.. sidak mala nyuroh kamek nganti kakak kamek tok ngajar k 3 bulan ya.. dalam sebulan, dapat la RM 800-900.. nokne nak diekot tok owh.. huhu.. confusion2..
ya Rabbi, permudahanlah urusan hamba2-MU ini.. hindarkanlah kami daripada perbuatan yang sia2.. ameen..

cerita basi

on Monday, June 22, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

huhu.. cukuplah 10 hari sy betul2 habiskan masa untuk keluarga, hari ini sy akan mula mengurus perkara2 yang sy perlu selesaikan.. +)

semalam, seawal 8 pagi sy bersama mak dan kakak menjenguk pusara pak.. rutin yang dilakukan setiap hujung minggu, samada pagi Sabtu ataupun pagi Ahad.. alhamdulillah, pagi pun maseyh sejuk.. sangat sesuai untuk mengingatkan sy tentang kematian..

tengahari pula, kami ke rumah nenek lelaki sebelah emak, menyambut hari ayah.. ada 4 ayah yang diraikan, iaitu nenek lelaki sy dan 3 orang abang ipar sy.. seperti biasa, banyakla modal cerita yang ditimbulkan.. huhu..

kemudian, kakak sy ajak sy ikut p tengok rumah baru beliau di Desa Ilmu (belum tau lagi biler depa nak pindah).. ni dekat area UNIMAS, jauh jugak sebenarnya.. bila sampai, pagar berkunci dan pintu rumah berkunci... adoiii.. yang tak tahan, kakak sy tau pintu semua berkunci tapi saja nak bawak sy tengok lokasi rumah mereka.. sabo2..

kami balik ke rumah dan selepas Asar, sy ikut pula kakak sy yang insyaAllah akan berkawin Julai ni untuk melihat baju kawin.. huhu. bakal abang ipar sy sangat.. erm, lawak.. insyaAllah, beliau bakal menjadi mangsa buli/usik, ke sebaliknya? hehe..

lepas tengok baju kawin kami ke The Spring, antara kompleks membeli-belah yang terbesar di Sawak (membosankan sebenarnya).. Minum2 kejap, sy pun mencuba Taiwan Cincau ape-kebenda-entah (x ingat nama) sebab nama minuman kat kedai tu kebanyakannya kompleks, tiada yang semudah air teh kundur.. huhu..

dalam semalam, banyak lagi yang dilalui.. mungkin kerana cuaca yang semakin panas, menyebabkan sy mudah penat.. malam selepas Isyak, sy terlelap dan tak mampu nak tonton Sa Re Ga Ma Pa Lil Champs.. huhu