hari Khamis ini..

on Thursday, September 25, 2008

salam..
seawal jam 9.30 pagi, kak Suzana yg turut dikenali sebagai Along membawa sy dan Syafiq untuk membeli sedikit barang.. sepatutnya, Syafiq la yg dipentingkan sekarang since die baru sampai dan belum settle down sangat.. sy ni tumpang mnyibuk je.. +)

tempat pertama kami pergi ialah ASDA, x tau singkatan untuk apa..




barang2 ni la yang sy beli, jumlahnya lebih kurang18 pounds.. huhu..
kemudian, kami bergerak ke ARGOS EXTRA yang x berapa jauh dari ASDA..
dekat Argos ni, kita membeli melalui katalog.. dorang ada sediakan katalog, kita pilih dan bgtau melalui telefon yg disediakan..(kot??)..
lepas tu bergerak ke kaunter pengambilan dan pembayaran barang2 yg di order..


inilah katalognya.. tebal wehh, macam buku teks sekolah jek..

tapi kami x beli apa2 pun di sini, sebab tu sy assumed je cara nak memesan dan membayar barang2 yg di order.. +)

nampak macam effisien kan??

oleh kerana Syafiq masih perlu nak beli hanger baju dan cermin, kami pun ke IKEA.. besarnyaa..

ni cadangan hiasan untuk ruangan dapur..

dua2 ni antara showroom yang ada.. macam lawa je bilik nih.. +)

sy kesian tengok Along, mesti die penat... lepas hantar barang2 Syafiq di Cartwright Court, kami menghantar barang2 sy di University Hall lak.. lepas tu, Along hantar kami ke town..
terima kaseh Along... sayang Along.. +)

orang2 kat sini suka parking kereta kat tepi2 jalan, kadang2 hampir memblocking kereta orang lain.. kami salu confused gak samada kereta dorang dalam queue line ke atau tengah parking.. huhu.. x boleh dicontohi nih..

Sesampainya di town, kami p bank, NETWEST.. sy bank-in travellers cheque dan cash money sy manakala Syafiq baru nak bukak akaunnya.. bank ni memang lambat skit berbanding HSBC dan Lloyds.. 5 hari bekerja sy kena tunggu untuk bank-in dan another 5 working days untuk dapatkan debit card sy.. wohoho.. lamanya baru dapat berbelanja.. +(
in a way, itula hikmahnya supaya sy x berboros dengan duit sponsor sy.. +)

jalan2 di sekitar town, kami terserempak dengan beberapa orang kaum red Indian.. mereka buat persembahan muzik, sedikit suara berlagu dan sedikit tarian.. sy dan Syafiq masing2 bg 1 pound je.. x mampu bg lebey..
sy suka mereka yg ada effort untuk survive.. dorang x sekadar meminta, tapi mereka berusaha dan x pula memaksa kita untuk memberi..
ksian kan kaum2 asli nih, mereka terpelihara asli di tempat mereka sendiri manakala kaum pendatang pulak sesuka-suki ambil alih tempat mereka.. ini bukannya merujuk kaum red indian je, tapi kaum2 asli di Msia..
sebenarnya orang melayu pun pendatang, sebab tu kebanyakan datuk nenek kita tau barbahasa Jawa, Bugis or apa2 aje bahasa dari Indonesia.. kita sebenarnya dari seberang.. huhu
mereka adalah penghibur jalanan di town nih.. SUBHANALLAH, sedapnya bunyi muzik mereka, kalah KITARO.. kalau sy tau camana nak copy cd mereka yg sy dan Syafiq kongsi beli nih, InsyaAllah akan sy uploadkan.. +)

macam murah je, kan?? huhu.. orang2 Msia kat UK salu pesan jangan convert nilai mata wang, nanti sakit jiwa.. btol kan?? Lagipun Msia jauh beribu batu, usah dibanding dan dibeza selalu.. tapi, kena beringat supaya berjimat, biasiswa kurniaan-NYA dan merupakan amanah kepada rakyat.. USAHA!!!

Syafiq banyak membeli pakaian, tapi sy sendiri tiada nafsu kalau dalam bab2 pakaian.. yg sy paling suka beli ialah makanan dan minuman (coklat, aiskrim, air teh kundur... wahaha, rindunya air teh kotak nih)

Then, kami bergerak ke Students Union.. kami nak register untuk kelab2 dan pertubuhan2..
Yg paling first kami pergi mestila ISOC, stands for Islamic Society.. +)
kat ISOC booth ni, kami dapat banyak free gifts, ada diari, pen, kalendar, dan DVD.. serta xyah byar apa2.. kiranya ISOC ni memang dah well-established la bbanding dngan yg seterusnya nih..
lepas tu, sebagai rakyat Msia, kami p jugak mencari Msian Society punyer booth..
jumpa gak, kna bayar 5 pounds.. saba je la.. dahlah dapat keychain dan kain batik yg dikerat kecik2 dan dibentuk sebagai tengkolok je.. huhu.. +)


dah x tau nak join apa pulak dan x tau kat mana sports punyer booth, kami join UNICEF.. kalo yg lain2, memang bnyak gak yg peliknya... masing2 ada society mereka, harry porter la, kelab2 gay dan lesbian la, ntah apa lagi, x ingat...



dalam perjalanan pulang selepas bsolat di Al-Manar, kami susuri jalan2 dekat park ni, x ingat pulak dah namanya.. tadi, ada terserempak proton Saga, Syafiq excited sungguh.. huhu..
kat park ni pulak, nmpak pokok2 pisang di celah2 ribuan bunga yg berkembang.. +)

kami menamatkan puasa hari ini di sebuah restoran kebab.. sekali lg, sy x tertengok nama restoran nih, King Donor kot..huhu
sy order Sishi Kebab (chicken), harga 4.90 pounds.. dan chips, 1.20 pounds.. air lak, smuanya bergas.. adohai, sy paling x berapa minat air gas.. pesan je la, nama air nih.. Vimto yg berperisa blackcurrant.. Syafiq pesan donor chicken+chips, 4.80 pounds je..
setelah hidangan siap, rupanya pesanan sy ada roti nan.. sy tertarik pulak dengan pesanan Syafiq dan die pulak kalo boleh nak yg ada roti nan..
apalagi, kami tukar!!! huhu
inilah donor chicken+chips milik sebenar Syafiq yg diingini sy... nyum!nyum! +)


inilah koleksi makanan sy, ada lagi yg x dapat diletakkan sama.. so, inila bukti sy suka beli makanan daripada pakaian.. +)
inipun sy salu rasa macam 'boringnya, xda makanan yg dapat dimakan ke?'.. huhu..
nafsu tol la... harus sy kawal sebaik mungkin, duit pun dah tinggal 50 pounds dan some pennies..
esok kena bayar 25 pounds lak, sebab nak register for English classes.. +)

apa2 hal pun, kena mintak pada-NYA...
Ya Allah Ya Rabbi, permudahkan urusan hamba2-MU ini.. amin..

2 pencelah:

Yuyun said...

salam..
niesa sama dgn ayu ske air teh kundur..apa pun nak ucapkan selamat hari raya kat niesa..(awal sgt ea?)hehehe +)

niesa.imana said...

wsalam...
waaahhh, mari tubuhkan kundur society.. huhu.. +)

terima kaseh... x awal pun,it's juz d right time..

selamat hari raya aidilfitri buat Ayu.. Minta maaf kalau kata2 sy termengguriskan hati dan perasaan Ayu..
mudahan kita sama2 berada dalam limpahan rahmat-NYA.. amin.. +)