wacana meneladani hari hartal

on Tuesday, October 21, 2008

salam...

copy and paste dari blog cikgu Ajah..

Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.

Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:
- mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?
- apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?
- apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?

Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.

Berikut merupakan maklumat lanjut program:
Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre
Masa : 1.45 petang – 3.45 petang

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.ukuntuk maklumat lanjut, hubungi Azad (pengarah program) di email: azad282@yahoo.co.uk.

apakah itu hari hartal? boleh buat research dgn search "10 tahun sebelum merdeka" di Youtube.. =)

2 pencelah:

Yuyun said...

salam..

nak ikut juga....+(

btw dayang telah di tag..ada masa buat la ye..+)

niesa.imana said...

Wsalam w.b.t...

insyaAllah, rezki Ayu akan dtg jugak nanti.. sama2 kita doakan k..
tag, apa tu?? huhu.. maaf, sy x tau sgt psl bnda2 tknologi nih.. +)