kuliah itu

on Sunday, November 30, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..

kuliah Fiqh bersama ustaz Anuar, seorang ustaz terkenal di Cardiff ni.. berdasarkan kemantapan kuliah hari ni, sy rasa amat rugi sebab x p kuliah yg lepas, dahla kerna waktu tu sedang berada dalam lautan manusia dekat carboot.. ceh3..

hurm.. hikmahnya manusia yg dijadikan sebagai nabi, bukannya malaikat dan bukannya jin.. antara sebab nya ialah yg nak didakwahkan itu sendiri adalah manusia..

kalo malaikat yg jadi nabi, aisehh.. manusia akan bagi alasan "dah namanya malaikat, xde nafsu.. mestila dapat beribadah je 24 jam.. kite ni manusia biasa jek, bnyak kekurangan.."
kalo jin yg jadi nabi, aisehh.. manusia akan bagi lak alasan "kenapa kami nak kene ikut seruan jin2 tu, kerna sejahat2 mnusia adalah sebaik2 jin.. manusia lebey mulia daripada mereka.."

makanya, apa yg seorang nabi (manusia) dapat buat iaitu beribadah dan sebagai khalifah seharusnya mampu saja untuk dicopy dan dipastekan dalam diri manusia..

nabi2 adalah manusia seperti kita,
kalo kita bagi alasan kita x dapat tunaikan kewajipan kerana kita sibuk, bagaimana pula dengan nabi Sulaiman yg mempunyai kerajaan yg besar tapi masey meluangkan masa ntuk berjuang demi agama-NYA..?
kalo kita bagi alasan kita kurang sihat, bagaimana pula dengan nabi Ayub yg x putus2 beribadah ktika diserang penyakit dan di saat ditinggalkan isteri?
kalo kita kata kita x layak nak berdakwah kerna x pandai bercakap, bagaimana pula dengan nabi Musa yg gagap tetapi tetap teguh bersama nabi Harun ntuk melaksanakan suruhan-NYA..?

huhu.. kita sememangnya tiada alasan untuk tidak mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA..

kisah perjuangan Rasulullah S.A.W sendiri menyaksikan pelbagai ujian dalam hidup baginda sedangkan baginda merupakan kekasih Allah.. surah Asy-Syu'ara' menceritakan pelbagai ujian yg nabi2 terdahulu hadapi, untuk memulihkan semula semangat Rasulullah S.A.W yg ditentang begitu hebat oleh kaum Quraisy Makkah.. adat la ntuk kita manusia normal yg kadang2 rasa x mampu nak terus berjuang, tapi bangkitla semula.. jangan dilayan sangat kekecewaan yg x bertempat itu..

pengajarannya, perjuangan agama itu banyak rintangannya kerna hasilnya adalah untuk mendapatkan syurga yg sangat3 tinggi nikmatnya dan nilainya.. tiada yg mudah dalam suatu perjuangan.. itulah sunnatullah..

ada satu perkara yg membezakan nabi Muhammad dengan nabi2 yg lain iaitu Rasulullah S.A.W diutuskan kepada seluruh umat manusia, bukan sekadar kepada kaum2 o bangsa2 tertentu.. sebelum Rasulullah S.A.W, hanya mereka yg bergelar nabi jek yg boley menyampaikan agama Allah S.W.T.... berlainan dengan umat nabi Muhammad, setelah kewafatan baginda, kita semua layak ntuk sambung usaha dakwah, bergantung kepada standard masing2.. kalo tahu banyak, sampaikan dengan banyak, kalo tahu sedikit, sampaikan yg sedikit tu.. yg penting, kena share nikmat Islam kepada semua.. (aisehh, macam senang je bunyik tp once again, itula perjuangan Islam yg sntiasa ada bnyak onak dan duri.. persiapkan la diri kita..)

semangat berkorban juga harus ada.. tanpa pengorbanan, kita takkan dapat agama.. even nak bergerak p ke masjid2 ntuk solat jemaah, dengar kuliah, mengeratkan ukhuwwah, etc.. semuanya perlukan pengorbanan.. seorang snior salu bagitau (lebey kurang), "jika di tangan kita ada 10 pounds sahaja dan kita perlu gunakan 7 pounds ntuk bli tiket balik ke rumah, tiba2 ada sumone yg memang sangat terdesak nk pinjam duit kita sebanyak 5 pounds ntuk p klinik.. kalo kita beli tiket dan bagi 3 pounds baki duit, itu dikira sedekah.. tapi, kalo kita bg terus 5 pounds itu tanpa mengutamakan tiket kita, insyaAllah itula pengorbanan.. terpulang kepada kita ntuk menjadi golongan yg mana.."

dan x dilupakan jugak, istiqamah.. +)

Abu 'Amru (atau digelar juga Abu Amrah) , Sufiyan ibn Abdullah ra. berkata; aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Katakan, 'Amantu Billah (aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah'.

huhu.. banyak points daripada kuliah itu yg sy x reti nak sampaikan tapi itu bukan alasan untuk sy simpan sendiri2 ilmu-NYA kan..? lagipun Rasulullah S.A.W dah bersabda," Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.." andai dapat sy post rakaman audio kuliah ustaz Anuar, memang sudah sy post sebab insyaAllah ia sangat3 la berguna sebagai peringatan.. apakan daya, x reti.. +)

wallahualam..

0 pencelah: