life is a learning process

on Tuesday, November 25, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..

Alhamdulillah, baju uniform OT sudah diterima semalam.. sy pun cuba2, tunicnya ok, sweaternya ok, tshirt malas nk cuba dulu, sluarnya panjang berjengkal.. trpaksa dipotong.. sy tak sempat jahit/kelim hujung sluar smlam.. maka pagi tadi terpaksala sy pakai sluar dengan benang2 yg merambu.. huhu..

Malam ni operasi menjahit beres.. yehooooo... +) syukur2..

sy tak punya mesin jahit.. ni kira jahitan yg kemas walau x lawa.. home made tu..

apabila sudah siap, tampak ok ba kan.. +)

die ok sebab dari jauh bukannya nampak yg x lawanya tu.. kalo nampak, apa boley buat.. sy dah usaha yg terbaik.. +)


dinner malam ni sy masak special skit.. sebab serunding dah nak habis.. inila malam terakhir mnikmati serunding... +(

apa yg sy nak katakan sebenarnya ialah sy blum memenuhi ciri2 gadis melayu yg selalu dicanangkan; pandai masak, pandai menjahit..........etc......... mungkin ada antara etc tu yg berjaya sy laksanakan.. hehe.. +)
maka, adakah sy bukan gadis melayu?? jadi, gadis apa la yer... huhu... perkara ni x penting pun..
anyway, orang kata kalau nak kawen kena pandai masak (ntuk pikat hati suami...hurm..), kena pandai ni, kena pandai tu... habis tu, kalo x pandai smua tu, x boley kawen ke..? dalam Islam sendiri, itu bukanlah syarat2 ntuk kita boley berkawen.. tanpa miliki smua bakat itu, kalau dah tiba masanya untuk kawen, bkawenla... life is a learning process.. ilmu2 tu boleh digarap hatta ktika baru nak bermula di alam perkawenan pun..
itula sebenarnya Islam, tidak pernah membebankan, tidak pernah meletakkan syarat2 yang bukan2.. Allah S.W.T perintahkan umat Islam untuk menyampaikan (berdakwah).. once we are a muslim, we have to convey the message.. Allah S.W.T tak suruh kita untuk hafaz satu Quran, hafaz suma hadiths, menunaikan haji... etc.... baru boley menyandang tugas sebagai pendakwah..
DIA tahu kelemahan hamba2-NYA.. tidak semua antara kita (sy apatah lagi) punya kelebihan2 sebagai seorang daie tetapi once again, life is a learning process.. sepanjang kita hidup ni, pergunakan la kesempatan yg ada untuk menimba ilmu dan yg terpenting, menyampaikan..
jangan merasa rendah diri ntuk memberi peringatan (susah sbenarnya nak buat nih..huhu) kerana tugas sebagai pendakwah bukan kepada orang2 terpilih sahaja, orang2 bnyak ilmu sahaja, orang2 pakai serban sahaja, pak2 arab sahaja...etc... Islam adalah untuk semua, maka yg mendokongnya pun haruslah daripada seluruh umat Islam juga.. hatta mereka itu gadis2 x menutup aurat ke, perokok2 yg ketagihan ke... etc.... kita bagi mereka pluang untuk sama2 buat kerja dakwah..
once mereka dibagi pluang dan mengambil pluang, insyaAllah tarbiyah itu akan jadi mudah.. +)
siapala kita untuk judge iman mnusia.. masing2 tak tahu kesudahan hidup kita nanti bagaimana.. baikkah, burukkah.... wallahualam..
sesungguhnya sampaikanlah walau satu ayat, kerna ia berguna buat mereka yg beriman..
Ibnu Umar ra. berkata, Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda,"Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu."
Ibnu Umar pernah berkata, "Apabila engkau berada di waktu petang, janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."
gunakan masa muda semanfaat yg mungkin untuk menimba ilmu.. masa muda ni singkat, xkan bisa diulang.. harap x disia-siakan (memperingatkan diri sendiri).. masa kanak2 insyaAllah akan diulang pabila kita sudah tua (kalo sempat la)..
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.. yeah!!! +)
p/s: tpaksa gune font dan warna bbeza sbb xda jarak antara perenggan2 baru.. +(

5 pencelah:

Yuyun said...

salam wbt

setuju..semua org x kira perokok atau free hair..tanggungjawab yg di galas tetap sama berat..

niesa.imana said...

wsalam wbt..

yup, u r absolutely right..
+)

Anonymous said...

errrrrr apa kata anta sini meh nak jahitkan balik..

niesa.imana said...

salam wbt..

waaa... nak3.. waktu ISK sy bg ek..
+)

Anonymous said...

ok bolehh... tp jgn bukak the prev jahitan.. so kaksue boleh agak... kang terpendek pulak..