Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..
ada seorang auntie, berusia 69 tahun..
summary pasal beliau;
tinggal di sebuah council house, berseorangan.. sebelum kemalangan, beliau seorang yg berdikari namun abang dan adik perempuan beliau tetap menjengok beliau setiap hari..
beliau mempunyai rekod sebagai pesakit leukemia, hipertensi...(ada lagi, x ingat)...
kemalangan berlaku apabila beliau yg sedang menghulurkan kek kepada jiran melalui tingkap rumah terjatuh dan terhumban keluar dari tingkap yg setinggi 4 kaki ke atas lantai konkrit..
beliau mengalami kecederaan di kepala yg wallahualam, serius ataupun tidak.. dan menerima jahitan sebanyak 80 jahitan di kepala.. beliau memang boleh mobilize sendiri tetapi beliau lack of confidence dan still nak berjalan di bawah supervision..
tidak banyak pasal OT info yg sy ingat mengenai beliau.. nota2 tu semua dah dimasukkan ke dalam medical notes.. ingatkan nak sambung dengan mobility assessment harini dengan kehadiran educator tapi xde rezki.. baru je semalam buat initial assessment dengan beliau, alhamdulillah hari ni dah boley balik..
hanya dalam 25 minit borak2 bersama beliau, sy terjatuh hati dengan sikap beliau.. kami banyak jugak melencong dalam perbualan, borak2 pasal kehidupan masing2.. assessment ditinggalkan sebentar-sebentar..
entah... walaupun beliau sudah mendapat kebenaran untuk balik dan dikatakan independent, serasa macam ada sesuatu yg beliau sembunyikan.. sy terlihat seperti ada sinar keraguan dan kebimbangan dalam mata beliau.. wallahualam..
Januari nanti, beliau mengadu yg adik-beradiknya dan jiran sebelah rumah pergi melancong.. beliau pulak tidak ingin untuk turut serta ditambah pula dengan kondisi kesihatan beliau yg kurang mengizinkan.. ini mungkin salah satu perkara yg merunsingkan beliau, duduk berseorangan walaupun kata2 beliau cuba meyakinkan educator sy yg beliau suka hidup sorang2..
ketika lawatan petang tadi, sewaktu memaklumkan yg beliau sudah boley balik esok, kami sambung lagi borak.. depan educator lak tu, huhuhu.. terlupa sebentar yg sy ni OT STUDENT jek.. beliau terkejut pabila sy katakan umur sy 21 tahun.. beliau ingatkan ** tahun.. hurm....
di akhir lawatan, beliau menyatakan harapan untuk berjumpa sy esok sebelum beliau balik.. beliau menambah, kalo sy x sempat nk jumpa beliau, beliau pesan supaya sy jaga diri dengan baik.. sy respon dengan mengatakan sy xde masalah untuk bertemunya esok serta menaburkan jua janji dan harapan yg sama.. sy dan educator pun berlalu pergi tanpa sepatah kata, cuma tersenyum jua..
sy lalui petang tadi dengan niat untuk berjumpa beliau lagi esok..
sy nak bg pin (org bndar gelarkan ia sebagai brooch) sebab beliau suka tengok pin yg saya pakai.. bagi beliau coklat terry pun macam best..
itu la... ini la... gitu la... gini la... banyak plan.. +)
sesudah sy tiba di Cardiff train station, suatu ingatan menjengah kotak fikiran..
"esok cuti, self study day..........................................apekah???????"
auntie........ (perlukah sy pergi ke hospital esok??)
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
Surah Al-Hujurat, ayat 13.
kalo kita dapat membina hubungan dengan non-muslim, ukhuwwah sesama muslim lagi la wajib dipertingkatkan dan diperkemaskan.. +)
insyaAllah, dapatla membina masyarakat Islam yg saling menyintai kerana-NYA..
tapi kalo ........................(bab sensitip sikit)...............................................................................................
Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, " Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
h.r Bukhari dan Muslim
wallahualam.. +)
have a good self study day on this Friday, Jiah..
semangat!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment