sikit jek

on Sunday, December 7, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..

Jam baru menginjak ke pukul 2:18 pagi.. belum terlambat untuk sy ucapkan selamat menyambut aidil adha.. mintak maaf untuk salah dan silap, terumpat dan termengata dan halalkanlah segalanya.. +)

sy dah cek dekat malaikat pncatit amalan di bahu kiri (malaikat Atid), masih banyak giler kesalahan dan dosa yg belum diampunkan.. maka, tolongla maafkan ye.. +(
x perlu la tunggu sy senaraikan nama lak.. huhuhu..

banyak kan pengajaran yg boley kita pelajari daripada peristiwa korban ini, selidikilah dan hayatilah.. mungkin untuk hanya nak menikmati daging korban dan cuti daripada bebanan, agak melampau la tu.. +p

Agama dimulakan dengan pengorbanan.. Ya, pengorbanan.. yg bukan semua orang dapat berkorban tapi insyaAllah, bisa saja untuk kita belajar berkorban secara perlahan-lahan.. +)

huhu.. Tak terjangkau di pikiran akan nabi Allah Ibrahim yg sudah berusia 80-an ktika baru mendapat seorang putera (nabi Ismail) redha untuk mngorbankan putera kesayangannya itu demi melaksanakan perintah-NYA.. dan anaknya Ismail yg baru berusia 7 tahun ketika itu (kalo x silap..), membenarkan perbuatan ayahnya.. SUBHANALLAH..

"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata; 'Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirlah bagaimana pendapatmu!'
Dia (Ismail) menjawab; Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."
Surah As-Saffat, ayat 102

bertuah kan ada anak macam nabi Ismail, x yah pning2 kepala nak pikir.. tapi, itula yg semakin meresahkan nabi Ibrahim.. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sikap berkorban dalam diri mereka termasukla Siti Hajar (ibu mana yg sanggup nak biarkan anak disembelih??), DIA gantikan tempat nabi Ismail dengan kibasy.. SUBHANALLAH...

makanya sempena hari korban ni, sebagai pringatan buat diri sndiri dan pelayar2 yg terdampar; belajarla untuk berkorban.. korbankan harta dan jiwa (salu sangat disebut dalam al-Quran nih) demi Islam tercinta.. +)

maaf, x sempat nk menjela-jelakan post.. alhamdulillah, sy baru siap essay dengan 2496 words..
+)

0 pencelah: