Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..
22/12/08
x ingat jam berapa, alhamdulillah kami semuanya selamat sampai di Killarney International Hostel.. terus ambik kunci bilik dan carik bilik masing2.. bilik sy ada 4 orang, dan 3 orang yg lain semuanya student UCD.. Khadijah, Mimi dan Tiqah (kot... hurm, sy ada short memory jek.. )
baru nak kemas katil, Ajah dah datang ajak budak2 KY jalan2 kat luar hostel..
kami dibahagikan dalam kumpulan masing2.. sy dengan Wan Syazz sama group, adoiii.. sy dah agak mesti sy akan salu buli bliau.. ksiannya.. +p
yg lain; Fieka UCD (2nd yr), Di UCD (1st yr), Jiha Notts (1st yr) dan kami punya fasi, kak San UCD (4th yr)
nama kumpulan adalah berdasarkan buah.. atas cadangan Jiha, nama kumpulan kami adalah Buah Hati.. huhuhu..
23/12/08
kami bergerak pagi2 ke dewan yg sy kira boley tahan lah jauhnya, 20 minit berjalan kaki.. (lama sebab budak laki jalan lambat kat depan..)
Ustaz Zaharuddin yg akan bg pengisian tentang The Fantastic 4 (tema PUISI tahun ni) yg consists of Aqidah, Ibadah, Akhlak, dan Muamalat.. UZAR menggunakan konsep do's & dont's..
pasal aqidah, kami diperkenalkan pasal apa itu usul, apa itu furu'.. kemudian, UZAR uji kami dengan bertanya beberapa perkara dan kami tentukan adakah ianya usul ataupun furu'..
then, UZAR jugak habaq kat kitorang pasal salafi, khalafi dan mereka yg moderate..
dan kitorang digalakkan supaya x extreme yg keterlaluan dalam bab2 aqidah ni.. insyaAllah..
ada satu part dalam aqidah dont's yg melibatkan syuhbat syirik, khurafat dan tahyul iaitu anak2 patung.. kebanyakan muslimat asyik "ala.. xkan x boley..", "huhu.. sayangla patung yg banyak2 tu.. apa nak dibuat??"
sehingga ada yg bertanya.. "untuk main2 n bawak tido je, x boley ke ustaz? kami x buat sebagai perhiasan pun.."
jawapan UZAR (lebey kurang), "kalau kamu bukan budak2 lagi, dan dah ******.. x boley" wuhuhu..
orait, no more patung2 ek.. UZAR kata kalo nak, potong kepala patung.. kiranya kita buang sumthing kat patung yg kalo die merupakan benda hidup, die xkan boley hidup.. susah2, letak je dalam kotak2 o bagi je dekat budak2 kecik, anak2 jiran .. etc..
lepas aqidah, kami masuk slot ibadah.. kami diseru supaya menyedari kami di tahap mana.. adakah kami mengikut mazhab mufti, bertaqlid, ataupun sebagai muttabi' (faham stiap dalil, dan tahu memilih)
ibrahnya, kami digalakkan supaya mempelajari & mengetahui perbezaan2 pendapat yg timbul ekoran perbezaan mazhab, & menghormati stiap pendapat yg ada selagi x melibatkan perkara usul..
seterusnya, slot pasal akhlak.. pentingnya akhlak ni sepertimana Rasulullah S.A.W diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak..
ada 4 nasihat jalan akhlak; bersama guru yg mampu menelaah jiwa, rakan soleh yg menasihati, mengetahui dari lisan para pembenci & musuh, bercampurlah dengan mnusia (kenali keburukan akhlak & jauhi akhlak sedemikian)
ada 4 tunjang kepada akhlak; kekuatan ilmu pembeza, kekuatan marah yg terkawal, kekuatan syahwat yg terdidik, kekuatan 'adl terhadap 3 perkara sebelum ni..
selepas slot2 bersama UZAR, memang ada LDK.. tapi x perlu nak diceritakan.. +)
24/12/08
harini, slot terakhir bersama UZAR iaitu muamalat do's & dont's.. mulanya, sy x reti knape nak ada bab muamalat ni.. apa kpentingannya.. tengok2, bab muamalat la yg kebanyakan peserta kecut perut... wuhuhu.. takutnya riba..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan Rasul-NYA. Tetapi jika kamu bertobat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan)"
Surah Al-Baqarah, ayat 278-279.
berdasarkan ayat2 tersebut, UZAR habaq la.. andaikata sumone tu buat loan dengan konvensional bank untuk bli kereta, kereta tu umpama kereta perang sedang berperang dengan-NYA.. kalo untuk beli rumah lak, rumah tu umpama kubu perang sedang berperang dengan-NYA.. adoiii.. alternatifnya, gunalah perbankan ISLAM.. insyaAllah, ustaz..
ada jugak soalan, "macam mana kalo kami juz simpan duit jek dalam konvensional bank tu, kami x terima apa2 bunga ke, dan kami x terlibat dalam mana2 aktiviti yg ada unsur riba... boley x?"
jawapan UZAR (lebey kurang), "walaupun kamu x terlibat secara langsung, tapi duit yg kamu simpan tu digunakan oley depa ntuk aktiviti2 yg ada unsur2 riba.. macam bagi loan ke, interest ke, dekat peminjam2 lain.. maka, anda adalah penyumbang secara x langsung ntuk modal2 mereka ni.."
macam Nat West tu, UZAR kata x boley.. alternatifnya ada Lloyds & HSBC yg mnyediakan islamic account..
kalo dekat tempat2 seperti Ireland & Checzh Republic (asyik x pass ntuk eja) yg memang xdak kemudahan Islamic account, ianya adalah hajiyat (macam darurat la, kalo x silap)..
so, sekarang ni macam mana?? elaun sy dimasukkan ke dalam Nat West.. huhuhu.. memang la akan ada kesusahan dari segi nak inform sponsor & pelbagai lagi urusan yg melibatkan bank.. dikira hajiyat x? hurm... still, pikir sendiri yg kita ni nakkan redha-NYA ke, redha manusia??
besediakah kita nak berperang dengan-NYA..?? naudzubillah..
banyak lagi jnis riba yg dah x sanggup nak taip... banyak wo.. nak tau, boley rujuk www.zaharuddin.net o email terus kepada UZAR..
akhirnya, berakhirlah slot UZAR.. dan bliau terus bergerak ke airport, ada urusan..
selepas UZAR, kami akan bersama Dr. Amin dari Dundee..
ktika sesi ice breaking, sy, Atiqah dan Akma menyelinap keluar (ponteng sesi) bersama kak Hanee & suami, serta anak2 mereka; Syifa', Amin & Adam..
best giler ronda2 sekeliling tapi still disertai perasan bersalah sebab memonteng.. sempat melawat kuda jinak, tasik lawa, rumah Irish..etc.. & lepas tu, kak Hanee sekeluarga balik terus ke Belfast.. seronok kenal & spend masa dengan depa.. +)
pabila balik semula ke dewan, smua orang pun dah bersiap nak bersolat.. kami ketinggalan sesi ice breaking, crystal clear (sampai ke harini x tau sesi apakah itu), dan sharing moment dalam kumpulan.. wuhuhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 pencelah:
nak tetukar bank kat UK sangat tak efficient kan?
Susah nak mati nak wat account..
salam wbt..
agak ah.. cuma ada satu word je yg sesuai, "berusaha!!!"
hehe..
Post a Comment