Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..
rimas kah, pabila anda asyik kne approach untuk menjadi tempat diceritakan masalah?
apatah lagi, kalau masalah-masalah daripada orang yang sama adalah sama setiap kali berjumpa anda.. wuhuhu..
mungkin terdetik di pikiran; asyik2 masalah yg sama.. manja betol.. xnak berfikir sendiri, semua nak mengadu kat orang jek.. dok belajar tinggi2, masalah kecik macam ni pun terus nak mengalah, apa kes???
_________________________________________
hehe.. sy x pernah ambik psikologi, jadi x reti camana nak bereaksi dengan case study cenggitu..
namun, satu yg saya nampak; orang itu percayakan anda sebab tu menceritakan masalah pada anda.. anda bertanya "bagaimana??".. erm.. beliau percaya bahawasanya anda akan memberi nasihat yg baik kepada beliau, mengingatkan beliau tentang kebergantungan kepada-NYA, serta bnyak lagi asbab untuk beliau percayakan anda.. +)
maka, ambiklah peluang~ serampang dua mata.. anda mengeratkan ukhuwwah sesama anda, tapi yang terpenting anda punya peluang untuk sampaikan dakwah yg merupakan suatu kewajipan.. anda x perlu susah payah mencari namun peluang itu datang sendiri.. alhamdulillah..
tambahan pula, andai anda jaga hubungan anda dengan-NYA dan manusia yg lain, setiap kata-kata nasihat anda mudah untuk meninggalkan kesan kepada jiwa sang pengadu.. terbitlah keinsafan & bersemaraklah semangat perjuangan untuk Islam, maka akhirnya akan semakin bergemerlapanlah Islam (walau melalui cara sekecik ini)
ps:
walau seribu satu kisah diolah berdasarkan masalah yg sama, berusahalah menjadi pendengar yang baik.. kerana hidup ini adalah suatu kitaran, hari ini hari mereka.. esok lusa mungkin anda menagih telinga2 dan hati untuk mendengar luahan anda.. maka, elakkan diri daripada memperlekehkan masalah2 yg diceriterakan, walau sekecik manapun kepentingannya kepada diri anda..
wallahualam.. +)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 pencelah:
Maybe juga Allah nak tunjuk kat kita kisah hidup mereka supaya menjadi pengajaran buat diri.
Mana tahu, suatu hari nanti, perkara yg sama terjadi kepada kita. At least kita ada pelbagai pilihan based on pengajaran hidup mereka.
;) Kita bantu orang, iAllah, Allah bantu kita. Cuma jgn sampai tahap mengumpat dahle
salam wbt..
btol kata kak Has comel.. +)
huhu.. kalo sy, walaupun sy berdepan masalah yg sama seperti yg org lain ceritakan kat sy, still sukar untuk sy applykan nasihat2 yg sy bg kat bliau ntuk sy praktikkan..
sebab waktu kte bg nasihat,"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. pabila tiba masa bahu sendiri memikul, adoiii..
+)
keikhlasan mampu menutup segala kesukaran...pendengar yang baik adalah kurniaan Allah....Allah dah gerakkan hati dia untuk berjumpa kita...maka hikmahnya Allah beri supaya kita dapat bimbing dia ke jalan yang benar...insyallah...
salam wbt..
mr. Asri, insyaAllah..
mudah-mudahan kita pun dikurniai sebagai pndengar yg baik.. +)
Post a Comment