mari membasuh..

on Friday, February 6, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam wbt..
yeayyy.. dah sampai ujung minggu.. sesi menjadi Cinderella bermula lagi.. +)
sebelum tu, seperti diduga.. Fatih maseyh ada di luar bangunan flat sy.. ingatkan dah dialihkan pihak sekuriti.. dulu memang dh ada amaran, tetapi tiada tindakan dibuat pun.. semalam, notis amaran betul2 dilekatkan berhampiran Fatih.. sian fatih..
umpama, perokok yg merokok di hadapan papan tanda 'Dilarang Merokok'..

bukan sy besar kepala xnak alihkan tetapi D-lock Fatih xpat dibuka.. lagipun, rantainya dah berkarat.. xpat bergerak.. sy blum ada kesempatan nak bawak Fatih berubat..

tambahan pula, memang sy harapkan dorang tolong potong D-lock tu.. tapi, lambat bebenor tindakan dorang ni.. sy memang x sempat nk jumpa receptionist.. opis tutup pukul 1 pm, awal giler.. waktu tu sy salunya maseyh kat sekolah.. hehe..
pasal sesi menjadi cinderella, tadi sy p basuh baju.. dan, setelah sampai di tempat laundry nak ambik baju-bajuan.. baru perasan sy punya bakul pakaian dh ilang.. aiseyhh.. baru tinggalkan dalam 50 minit jek..
sy tanya la dekat sorang mamat yg dok kat dalam bilik laundry tu samada nampak tak bakul hijau sy, bliau kata bliau nmpak ada 2 lelaki yg masukkan pakaian ke dalam bakul tu..


bakul hijau kesayangan sy.. tata..

erm.. sy tau bakul yg mamat ni maksudkan.. namun, yg dorang ambik tu bukan sy punya.. sebab waktu sy basuh pakaian, memang dah ada bakul serupa dalam bilik tu.. huhu.. xpela.. insyaAllah, nnti beli yg baru dekat primark lagi.. (hehe.. yg hilang tu pun orang belanja).. +)

jadi berkenalanlah dengan mamat ni.. nama bliau Christian.. 1st year, ambik course optometri.. waaooww, menarik la.. 3 tahun study semua teori2 & setahun p clinical setting.. bliau dok kat Royal Jenkins Hall.. hehe.. sanggup beliau drive kerana nak basuh baju kat Cartwright Court ni.. lebeyh kurang nak dekat 10 minit drive kot.. +)

dan, sewaktu sy p pinjam bakul pakaian dan balik semula ke bilik itu, beliau khabarkan yg bliau sudah telefon kawan2 bliau yg balik ke bilik mereka yg dah awal2 ambik baju sebelum sy sampai.. mereka pun kata x nampak siapa yg ambik bakul sy.. ala mak.. bersungguh-sungguh Christian ni mintak maaf pasal bakul itu.. huhu.. ilek2.. bakul je pun.. +)

alhamdulillah.. sesi basuh2 dah settle lepas siap cuci toilet tadi.. yeayyy..

ps: sekarang nak p basuh hati pulak.. insyaAllah.. mudahan dipermudahkan-NYA.. ameen.. +)

0 pencelah: