bahasa jiwa bangsa?

on Sunday, March 8, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..

tiadala apa pun yang hendak diceriterakan, cuma sekadar ingin menaip sesuatu di papan kekunci. alhamdulillah, hujung minggu ini terisi dengan pelbagai pengalaman. ada yang menyeronokkan, mencemaskan serta pelbagai lagi siri perasaan yang terjadi.

semalam, sy berkesempatan ke Sport Centre bermain badminton. Walaupun bermain dalam tempoh masa lebih kurang satu jam, tetapi kepenatan dari malam sebelumnya yang berkumpul dengan program2 susulan tidak berapa membantu dalam usaha sy mentarbiyyah anggota badan. huhu.

selepas bermain badminton, sy singgah sebentar di Colum Road dengan niat melawat adik2 dentistry. Fatin sempat bercerita tentang seorang temannya yang mengambil Korean Language Course di Korea Selatan (kot?).

Program Ijazah itu tidaklah begitu hectic namun setiap hari (kalo x silap), mereka perlu menggunakan masa 5 jam daripada sesi pembelajaran untuk menonton movie2 atau drama2 Korean yang tiada subtitle. wuhuhu. bunyinya macam menyeronokkan. selain itu, assignment mereka turut mengkehendaki mereka menghafal lirik2 lagu Korea. sekali lagi, bunyinya macam menyeronokkan. sy tidak mengatakan 100% menyeronokkan sebab sy bukannya minat sangat menonton produk2 dari Korea ini kerana cerita mereka banyak yang melelehkan air mata. hehe.

kalau daripada sudut produktiviti, mungkin orang2 yang tidak terlibat dengan program tersebut tidak akan nampak keperluan KPM menghantar para pelajar ke Korea dan kembali ke Msia sebagai tenaga pengajar Bahasa Korea. Sy yakin mungkin ada underlying principle di sebalik program seumpama itu (walau sy pun x pasti tujuannya), sepertimana ramai juga yang mempersoalkan keperluan menghantar para pelajar kursus Pendidikan Khas ke luar negara. Namun, isu suatu isu lain kerana Pendidikan Khas bukannya terlibat dengan penggunaan bahasa. Sy tertarik dengan suatu entri yang menyeru agar kita mengingati tarikh 7 Mac, 2009.
http://fakirfikir.blogspot.com/2009/03/ingat-tarikh-7-mac-2009.html

Harapan sy, walau apa pun bidang pengajian yang kita ambil, moga2 hasilnya tetap kembali kepada usaha perjuangan Islam. Perjuangan yang akan membentuk daulah Islamiyyah, yang insyaAllah akan menjulang semula kegemilangan Islam. ameen.

4 pencelah:

Yuyun said...

salam w.b.t

bestnya main badminton..:)

yuyu pon ske baca fakirfikir..nice

Anonymous said...

ha..ah, balik studi nanti kena berjuang, jangan duduk terperap kat rumah saja. barulah ada peluang nak tertegak daulah Islamiyyah.

niesa.imana said...

Wsalam wbt..

huhu.. Yuyu, inila pertama kali main kat sini.. sangat penat.. +(

ha ah.. best kan.. +)

niesa.imana said...

salam wbt..

en. Rebel, btol3.. insyaAllah, mmg itula niat di hati dan moga2 dipermudahkan-NYA.. ameen.. +)