Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..
insyaAllah, hujung minggu akan bermula dan di Cardiff ini, kekosongannya sudah pun terisi dengan program2 seperti MABIT yang bermula malam ini sehingga 6.30 am esok (malam bina iman & takwa... betul tak maksudnya?.. sy tak sure sangat), kemudian pada pukul 9.30 am ada kuliah al-Quran.. malamnya pulak iaitu pada pukul 6.30 pm ada sukan (badminton je pun) dan pada hari Ahad, bermula jam 11 am insyaAllah akan ada kuliah tafsir.. waaooww..
maka, sy seberapa pantas cuba menyelesaikan urusan rumah ie laundry, dan insyaAllah lepas ni akan mencuci tandas.. alhamdulillah, tadi ke bilik laundry sy terjumpa bakul pakaian yang telah lama hilang.. +)
oh ya, pagi tadi sy sempat menelefon keluarga nun jauh di Sarawak sebelum ke sekolah.. lama jugak sy berborak dengan orang rumah sampai kredit pun habis yang menyebabkan kakak sy pulak yang terpaksa telefon.. huhu.. mintak maaf.. +)
banyak jugak perkembangan keluarga yang sy ketahui.. cumanya ada dua perkara yang asyik bermain-main di fikiran sy.. satu berita yang kurang enak didengar (astaghfirullah), & satu lagi berita yang amat menyeronokkan sy.. alhamdulillah.. pasal diri sendiri apabila mak tanya, seperti biasa sy jawab, "Alhamdulillah, iboh kitak bingong gilak ngan kamek.."
berita yang menyeronokkan tu teringin sy nak kongsikan di sini.. insyaAllah, salah seorang orang rumah akan mengikat pertunangan dengan seorang muslimin yang baru dikenali (kenalan abang ipar).. bagi beliau, keputusan bertunang itu terasa cepat walaupun emak sendiri yang mengesyorkan..
sy apalagi, mula la berlagak dewasa.. hihi.. sy katakan, lagi cepat lagi bagus.. summer nanti apabila sy balik terus kahwin.. +) rupanya, itu jugak la yang mak syorkan.. insyaAllah, moga dipermudahkan-NYA.. ameen.. (tolong doakan)
selain itu, sy pun tak terkecuali daripada ditanya mak pasal perkara yang sama.. huhu.. baru je pandai masak ayam tomyam & ayam kicap, masih terlalu awal.. (kot??) +)
dan sy ingatkan mak tentang perkara yang mak pesan sebelum sampai sini, "waktu belaja ya, iboh nak begerek-gerek dolok.. tulong kelorga, anak2 buah mesti dibela..etc.."
hehe.. mak dah tak dapat nak kata apa dah.. insyaAllah mak, kitak carik k kamek ah.. +)
ps: erm.. agak janggal sebenarnya apabila sy mencuba untuk menaip dengan perkataan penuh tanpa menyingkatkan mereka di samping berusaha menggunakan tatabahasa yang betul.. sy tak nafikan, memang ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki.. insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment