Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..
setelah separuh jalan menyiapkan suatu urusan, ingin pulak rasanya nak update blog.. +)
kali ini, sy rumuskan apa yang terjadi sepanjang minggu ni, tak banyak pun..
Isnin lalu, kami ada presentation berkenaan creativity. di sini sy sertakan hasil kerja kumpulan C, iaitu kumpulan asal sy sebelum sy memohon bertukar disebabkan jadual berkumpulan yang clash dengan kelas bahasa Inggeris.
erm, ada hikmah jangka panjang sy tukar kumpulan sebab sy tak mungkin akan tiru apa yang mereka buat ni.. hehe.. tapi kumpulan C ni memang sangat best dan mereka sangat mesra orang nya..
geli hati sy tengok Jonathan dan Millie, iaitu kedudukan kedua dan ketiga dari kiri.. mereka serius dan pendiam, terpaksa juga menjadi gila2 dalam video ni.. +p tak dilupakan, tutor kumpulan mereka, mr. Gareth Morgan yang dipaksa involved dan menurut mereka, sebaik mr. Gareth melambai tangan, beliau terus hilang entah ke mana tanpa kembali menemui mereka.. huhu.. malu kot..
kumpulan sy sendiri mempersembahkan potret masing2 beserta benda2 penting dalam hidup mereka, ada yang kreatif letak sekali gambar2 botol arak.. huhu.. sy yang biasa2 ni hanya lukis potret dengan pensel, hitam dan putih sahaja yang berada pada lakaran sy.. adoii, begitukah kehidupan sy, hanya ada warna hitam dan putih?? hihi, itu cerita di lain waktu..
Jumaat lepas, kami ada debate. Kumpulan sy telah dipecahkan untuk masuk ke kumpulan2 lain.. Chess, ahli kumpulan sy sepatutnya berbahas tetapi beliau sudah awal2 mengatakan beliau tidak dapat hadir pada Jumaat tersebut.. terpaksalah sy berdebat, dengan mempertegaskan sy nak menjadi pembahas pertama supaya sy tak perlu argue pihak lawan.. hehe..
kami sebagai pihak pencadang dengan motion "This house proposes that creativity is a luxury in occupational therapy". Sebelum debat bermula, pensyarah kami telah mendapatkan undian daripada members of the floor berkenaan motion tersebut kerana yang akan menentukan menang kalah adalah mereka.. apekah?? huhu.. maka, hanya ada 2 orang yang menyokong kami, 24 menyokong pihak lawan (termasuklah ahli2 kumpulan kami.. adoii) dan selebihnya atas pagar..
belajar daripada kesilapan lalu, sy pun cuba melakukannya seserius mungkin, dengan kata2 aluan yang agak bersemangat sebab sy kan pembahas pertama.. tengok2, mereka yang lain main redah saja.. huhu.. pihak lawan hanya cuba membidas kata2 kami tetapi kebanyakan mereka tiada teks sendiri, kecuali pembahas yang terakhir..
akhirnya, undian dilakukan.. 12 menyokong kami, 13 menyokong pihak lawan dan selebihnya atas pagar.. Syafiq kemudiannya memberitahu sy bahawasanya kalau ikut sesi debat itu, kumpulan sy memang patut menang tetapi beliau tetap mengundi pihak lawan sebab kasihan dengan mereka (kumpulan pihak lawan adalah Syafiq punya kumpulan.. ceh3) hehe..
pada Jumaat malam, selepas sesi usrah bersama 2nd year, mesyuarat pertama Niesa Club dilakukan dengan sahabat2 1st year mengikutinya melalui alam maya, tc.. pemilihan barisan kepimpinan dilakukan.. insyaAllah, moga segala urusan kami dipermudahlan-NYA.. ameen..
- Presiden: Cik Haifa
- Setiausaha: Cik Ira
- Bendahari: Cik Husna
Sabtu malam pulak, ada sesi bermain badminton.. huhu.. penat.. apapun.. insyaAllah, akan kami teruskan lagi pada minggu hadapan.. +)
2 pencelah:
tajuk debate 2 macam best
tp susah
mesty mantap nii
salam wbt..
tajuk tu memang memeningkan, tapi sy xdalah mantap.. sy sangat biasa jek.. lidah pun berbelit, x reti nak berdebat.. +)
Post a Comment