sy cuba untuk faham

on Friday, April 24, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

Seseorang pernah bertanya kepada sy, “Apa ubat rindu?” hurm. Perkara ini sukar juga nak diperjelaskan. Dengan keyakinan bahawasanya setiap perkara ada ubatnya kecuali sakit tua dan maut, sy cuba bagi jawapan skema tetapi kenyataannya, sy tak berada dalam situasi beliau. Hanya Allah S.W.T dan beliau yang tahu tahap rindu itu macam mana.

Kalau kita rindu kepada ibu dan ayah, jumpalah mereka. Kalau tak dapat jumpa, hubungilah mereka, tak pun, tengok lah gambar mereka (kata orang, sesuai untuk melepas rindu.. ye ke? Kot2 makin merindu pulak).. Tapi kalau yang dirindu itu adalah kekasih hati? Takkan nak galakkan mereka berjumpa pulak? Huhu.

Bukannya sy tak cuba memahami, sy sangat3 faham tapi ia bergantung kepada kekuatan diri kita untuk menghadapinya. Lagipun, kadang2 sy sendiri tak perasan sy merindukan sesuatu sehingga sy bersua kembali dengannya. Ambil contoh, ketika berjaulah ke sana sini, sy tak teringatkan Cardiff sangat.. namun apabila sy kembali semula ke Cardiff dan sebaik mencecah kaki ke bumi Cardiff, baru sy menyedari betapa rindunya sy pada Cardiff.

Maksud sy di sini, kita mudah terfikir untuk merindukan sesuatu sekiranya ada trigger yang membuatkan kita rindu padanya. Contoh lagi, ketika dok borak2 dengan member, mula la masuk cerita pengalaman2 di kolej dahulu. Dan bermula la sesi menyedari betapa rindu kita pada kolej.

Kita kena tengok bagaimana perasaan rindu itu datang. Tengok puncanya. Seperti kita tengok gambar member2 kelas, baru nak teringat mereka dan baru nak terasa rindu. Maka, seperti yang sy nyatakan, trigger itulah médium untuk kerinduan itu datang dan gambar itu telah bertindak sebagai trigger.

Ketika di Paris haritu, sy terlihat la topi2 yang dijual hampir sama dengan topi yang arwah pak sy pakai ketika sakit. Mulala proses mengaitkan topi itu dengan arwah pak, dan bermulalah imbasan memori bersama arwah pak. Pengakhirannya, perasaan rindu itu kian membuak.

Maka, kitalah sebenarnya mengundang rasa rindu itu ke dalam diri. Tengah buat kerja (sibukkan diri), mungkin terpandang barang pemberian orang tersayang. Mula la teringat kat orang tersayang tu. Makin kita layan, akan makin menjadi la perasaan rindu itu.

Tak wajar dilupakan akan kenyataan bahwasanya yang menyuntikkan rasa rindu itu ke dalam diri kita adalah DIA yang Maha Kuasa. Namun, berhakkah kita untuk menyalahkan-NYA atas rasa rindu itu? Perasaan rindu itu telah ditakdirkan untuk menjadi dugaan buat kita. Adakah kita mampu mengawalnya atau terbabas merindu sehingga mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur pun tak lena. Berjayakah kita mengatasi ujian rindu ini?

ikut sejarah, kalau sebuah kuasa berjaya menjajah sesebuah negara, ia akan mengubah kebanyakan perkara di negara yang dijajah itu; bermula daripada bahasa, pendidikan, perlembagaan etc supaya akan hilang kenangan rakyat tempatan terhadap asal-usulnya. tak perlu mengimbau sejatah yang terlampau lama, cukuplah sekadar meneliti semula bagaimana Kamal Attarturk hampir berjaya menghilangkan saki baki Khilafah Uthmaniah di Turki. Namun, masih ada yang memperjuangkan Islam di sana kerana itu adalah janji-NYA untuk memelihara kesucian Islam.

juga, seseorang yang putus cinta lazimnya akan memulangkan barang2 bekas kekasih hati (takpun, dibakar atau dibuang) kerana ingin menghilangkan segala kenangan terhadap si dia. lama2 seiring dengan peredaran masa, rasa rindu itu mungkin hilang sepenuhnya sehingga kita mungkin terfikir, macam manalah dulu aku boleh rindu giler dengan si dia tu?.. hehe.. ujian, ujian..

Entri ni menarik; http://ana-musliemah85.blog.friendster.com/2007/05/percayalah-sesungguhnya-allah-menyayangimu/

Seperti yang dinyatakan dalam entri tersebut, kadar ujian kita berkadar terus dengan tahap keimanan kita. Ujian rindu pada yang mereka yang tidak halal buat kita memang suatu ujian yang cukup berat. Berbahagialah andai anda benar2 berjihad untuk mengatasinya dan usah berkeluh-kesah sekiranya anda hampir tewas kerana kita ada DIA. Ingatlah DIA setiap masa, berdoalah kepada-NYA. Mohonlah agar rasa rindu pada si dia bertukar arah untuk lebih merindukan-NYA. insyaAllah, moga segalanya selamat. Ameen.

minta maaf dunia dan akhirat sekiranya ada yang terasa. Sy memang rasa bersalah sebab tak dapat nak tolong bagi kata2 semangat (kata2 meruntuhkan semangat adalah..huhu) kerana sy tidak bijak untuk berkompromi dalam situasi yang memang memerlukan semangat jihad. Semangat jihad harus dibina dan ia dibentuk melalui segala bentuk ujian (tarbiyyah daripada-NYA). Anggaplah ujian kali ini sebagai pencetus jihad untuk dugaan yang lebih besar. insyaAllah, bersangka baiklah kita kepada-NYA. +)

"kalau takut dilambung ombak, usahlah berumah di tepi pantai" betul ke peribahasa ni? huhu..
"mencegah lebih baik daripada merawat" dan "janganlah kita mendekati zina" (mendekati pun ditegah, kalau terlibat secara langsung?) payah oo.. sekali terlajak, payah nak undur diri.. memang susah, tapi bukannya mustahil.. boleh baca entri ni (sangat digalakkan, walaupun ia berkaitan dengan isu lain namun semangat jihad itu yang kita nak teladani);

http://fakirfikir.blogspot.com/search/label/penagihan%20dadah (kredit kepada Encik FakirFikir di Adelaide)

Ayuh, berjihad! Ia bukan sekadar kata2 tapi ia menuntut pengorbanan. Juga, dapatkan sokongan daripada sang murabbi dan sahabat2 kerana mereka bisa menjadi asbab bantuan daripada-NYA. insyaAllah.

Akhir kata, mohon maaf dunia dan akhirat sekali lagi.

4 pencelah:

NurFiera Mohd Zain said...

hehe.,
cm best plak entry ni

sume org pnah merase

p/s:renung2kan dan selamat beramal
hehe :P

niesa.imana said...

salam wbt..

hihi.. semua orang memang pernah merasa, namun situasi tetap berlainan.. +)

Muhriz Rahmat said...

Rindu kepada yang halal itu berpahala. Adapun rindu syaitan yang selalu bermain di kepala adalah penipu.

Memang kerinduan lahir dari perkara yang pernah kita lalui, jumpai, dan lakukan.
Tapi ada seorang yang pernah merindui kita walaupun dia tidak pernah bersua dan bersama kita. Dialah Rasulullah saw yang sentiasa mencintai umatnya yang tidak pernah Baginda saw temui. Lalu bagaimana ada cinta yang lebih utama selain cinta dan rindu kepada ALlah dan RasulNya?

niesa.imana said...

salam wbt..

sangat suka ayat2 tersebut.. memang itulah cinta dan rindu yang teragung.. dan rezki ntuk mendambakan perasaan sedemikian juga adalah kurniaan daripada-NYA..

moga kita semua beroleh rezeki tersebut.. ameen..