سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
hurm, ada permintaan untuk update.. huhu.. xde mende sangat pun nak diupdate.. +) hidup sy diwarnai dengan hitam dan putih je.. hehe..
wokeyh, sy cuma terlampau fokus dengan placement, dan detective Conan.. yup, kegilaan lama iaitu download komik berulang balik.. dulu sy tak sempat habiskan komik ni, ni yang macam 'struggle' nak habiskan.. jangan mara.. +p
*ke dah bosan berblog?.. hurm.. tak aih, tapi perhatian sekarang teralih sedikit kepada perkara lain dan kadang2 terlupa ada blog.. +p
placement lak, insyaAllah akan habis Jumaat depan.. rasa macam sendiri mental ketika placement ni.. adakah sy terlampau engross dengan para pesakit sehinggakan turut menghayati apa yang mereka alami? huish..
selain tu, sy tak berapa nak untuk baca nota2 berkenaan mental health ni sebab ketika menghayati pembacaan tu, asyik nak rasa sama je kondisi dan simptom2 dengan diri sendiri.. naudzubillah.. perkara ni normal kot, ramai lagi orang yang turut mengalaminya.. kan3? +)
oh ya, sy sekarang menghadapi isu professionalisma.. dalam sejumlah patients yang sy jumpa, ada sorang pakcik yang memang sudah rapat dengan sy.. beliau ditempatkan di sebuah Nursing Home.. sy pernah tanya beliau sekiranya sy maseyh boleyh melawat beliau setelah sy habis placement? jawapan beliau, sudah tentulah boleyh dan beliau sangat gembira dengan idea tu..
tapi jawapan educator sy tak berapa best.. huhu.. terkial-kial gak sy nak cari pengganti sy untuk pakcik ni dari agensi2 lain..
insyaAllah, Selasa depan sy akan bawak sahabat dari Belfast, cik Akma untuk melawat pakcik M ni.. +) hihi.. harap educator sy tak tahu.. lagipun, banyak sudah additional things yang sy tak tuliskan dalam OT report.. memang sy bermasalah daripada sudut professionalisma kan?
oh ya, educator pernah beritahu kalau sy maseyh nak berjumpa pakcik M, at least sy kena bergerak di bawah agensi sebagai volunteer.. hurm, semester depan insyaAllah boleyh..
seronok tak seronok placement ni, alhamdulillah DIA berikan kekuatan kepada sy melalui patients yang sy jaga.. merekalah yang membantu menguatkan semangat sy untuk terus berplacement.. +)
*di samping tu, mereka jugakla yang kadang2 membengangkan diri sy sebab sy tak dapat bantu mereka sangat since adanya professional boundary dan isu2 lain.. sekadar merasa sedih memang tiada gunanya apatah lagi kita tak mampu berbuat apa2.. tapi, ia bukan retorik semata.. ada perkara yang kita tahu dan faham cuma tak mampu diperjelaskan.. dan bukannya kepada semua orang kita ingin perjelaskan.. kan3? +)
kesimpulannya, sy respek kepada para pengguna servis kesihatan mental ni kerana mereka tahu mereka perlukan sokongan dan dorongan.. sangat kurang/langsung tiada ego dalam diri mereka untuk berani menyuarakan yang mereka ada masalah.. sy sendiri tiada kekuatan sebegini.. yang boleyh dibuat, memohon daripada-NYA dan berusaha membina kekuatan.. yeahhh..
namun masalah boleyh timbul apabila mereka yang bertindak selaku penolong/pendokong merasakan hanya mereka yang berhak menentukan apa yang patients patut buat.. sedangkan patients are being the expert sebab mereka yang mengalaminya.. sesetengah patients pulak akan terlalu bergantung dengan health service dan boleyh melumpuhkan sikap berdikari mereka..
hurm.. di manakah titik keseimbangan itu, bersederhana?
wallahualam..
0 pencelah:
Post a Comment