سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Assalammualaikum w.b.t
sy sangat tak berani nak bagitahu sy ni sibuk, sebab sy memang tiada ciri2 orang yang sibuk. sy muhasabah balik; kalau nak bagitahu sy sibuk, sempat juga sy ber ym, sempat juga berblog, sempat juga telefon orang, sempat juga itu dan ini..
orang yang mengatakan beliau sibuk namun masih sempat berbuat perkara2 di atas dan memberi alasan; semuanya adalah untuk release tension, untuk relax2..
kenyataannya, beliau tetap tidak sibuk sebab masih sempat berbuat perkara2 yang tidak menambahkan amal dan iman. huhu. (maksudnya; perkara tu kalau tak buat, tak mendatangkan kerugian pun).
sy tiada kerajaan sebesar yang dimiliki Nabi Sulaiman untuk mengatakan sy sibuk. sy tiada kekayaan sebanyak yang dipunyai Nabi Ayub untuk mengatakan sy sibuk. sy tiada ujian melimpah-ruah yang dihadapi Rasulullah S.A.W untuk mengatakan sy sibuk.
sy memang tidak sibuk, cuma sekarang sy cuba belajar untuk memprioritikan agenda hidup sy. masa yang sy ada memang bukan milik sy sepenuhnya. ramai lagi orang dan banyak lagi perkara punya hak ke atas masa yang sy ada. sy tidak lah mahu, "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Pulak Berciciran".
sekarang ini, ada orang yang lebih berhak ke atas masa sy daripada orang2 lain. apapun, tetap DIA yang Maha Berhak ke atas sy dan masa yang dikurniakan-NYA. sy bukan seperti manusia2 lain, hebat mengatur dan menyusun pelbagai urusan dalam satu masa. tahniah buat mereka. insyaAllah, sy akan turuti jejak langkah anda. sy sendiri perlukan masa. +)
setakat ni, sy khabarkan betapa tidak sibuknya sy. rutin hari ini sahaja. esok dan lusa belum diketahui.
musim placement ni, sangat menguji tenaga sy. tenaga untuk bergerak dan tenaga untuk berfikir. hari ini, awal2 pagi sy masuk klinik dan terus bekerja dengan komputer. Philips keluaran 2004 itu sangat lambat, mengambil masa selama 30 minit hanya untuk meng appear kan desktop. educator datang, dan sesi supervision mengambil masa hampir 2 jam.
kemudian, sy bergegas ke Llwyn-Celyn Practice untuk berjumpa Bro S. sy menemani beliau ke hospital berdekatan Cardiff Bay (x ingat nama) untuk art therapy group. kami salah naik bas (huhu.. sy ni memang pakar kes2 sesat) tapi memang Bro S yang suruh naik bas tu. huhu. habis urusan bersama Bro S (lebeyh kurang 2 jam 30 minit), sy singgah sebentar di Riverside untuk tunaikan solat, 15 minit.
sejurus itu, sy bergegas ke Pontcanna Nursing Home untuk berjumpa Pakcik M. pertama kali sy naik bas ke sesuatu tempat, insyaAllah selalunya akan ada la kes2 sesat. terpaksalah sy berjalan nak dekat 30 minit mencari nursing home tu. alhamdulillah, jumpa.
disebabkan kami keluar dari nursing home agak lambat yakni 3.55 petang, kebanyakan cafe sudah tutup. nak dekat 50 minit mencari cafe sebab tak sampai hati tengok Pakcik M nak sangat2 minum Cappucino. Kaki sy dah merengek. Biarkan, bukannya terus pengsan pun.
melayan Pakcik M, dan menghantar beliau semula ke nursing home serta menulis laporan bagi dekat carers di situ. akhirnya, sy betul2 OT yakni overtime selama 1 jam. bergerak dari nursing home ke stesen bas terdekat mengambil masa nak dekat 20 minit (sekarang ni, berjalan pun dah macam kura2.. +p)
ternampak Bilal Mosque, nak tunaikan solat tapi ragu2 kalau masjid ni hanya untuk muslimin dan tak ternampak sesiapa pun untuk bertanyakan soalan. akhirnya, menumpang solat di Riverside lagi. dan, hanya setelah sy menemui seorang adik di sana untuk menunaikan tanggungjawab sebagai kakak, dan menunggu bas yang lambat untuk muncul, barulah sy sampai ke hall dalam pukul 7 lebeyh.
kesimpulannya, sy memang tidak sibuk. cuma, sy sedikit penat. untuk sesetengah aktiviti di atas, yakni bermula dari petang semalam sehinggalah pukul 3 petang tadi, makanan sy adalah satu pek Kinder Bueno. hanya ketika menemani Pakcik M di cafe, baru sy sempat menjamah beberapa lingkaran bawang (Onion Ring). dan, sy bukanlah jenis yang dapat tidur awal. sy berusaha untuk dapat tidur sebab sy nak recharge tenaga. huhu. laporan untuk minggu lepas dan hari ini pun belum disiapkan untuk diteliti educator.
ps: melayan manusia itu sangat memerlukan tenaga. sy penat kerana tenaga sy tak banyak mana untuk berhadapan dengan manusia, apatah lagi yang baru dikenali. namun, ia sesuatu yang sy sangat sukai untuk cuba membuatkan mereka rasa gembira, yakin diri dan dihargai.
minta maaf sekiranya sy mengatakan mereka sebagai prioriti sy setakat ni. insyaAllah, sy cuba untuk tak selalu penat supaya senang mengerjakan urusan2 lain juga. +)
ps 2: sebagaimana anda sangat bertabah melaksanakan tugas2 yang melibatkan dokumen2 dan manusia2, sy pun bertabah untuk bukan sekadar nak lulus placement kali ini, tetapi untuk betul2 membantu mereka yang memerlukan. kita sama2 berusaha. insyaAllah. ameen. +)
ps 3: maka kalau anda perlukan sesuatu daripada sy, khabarkan. seperti sy selalu bagitahu, sy akan cuba usahakan dan tidak sekadar berpeluk tubuh.. dan hari ini sy menambah; cuma sy perlu priortize kan perkara2 itu. kalau dah sampai tahap urgent + important, desaklah sy k.. +)
4 pencelah:
yeah!!
tawaran yg bagus ni..
hihi..
macam perlukan kak day utk cadangan dan tenaga (dan masa of course!!)..
IA akan diberitahu lepas ni..
btw, jom sama2 guna masa sebaiknya..
(kak akma pn tgh mujahadah utk ni juge.. kan? kan? hihi)
salam wbt..
amboi, bukan main lagi ek.. macam je kan, jadi kte xyah pikir dulu.. +p
rasanya, sekarang ni memang ramai yg bermujahadah pasal ni.. sama2 kita doakan.. ameen..
hehe..
ternampak namaku..betol2, sy x sibuk pon..cumenye sy lalai gune masa yg ade..pening sebab kerja tak terurus, lantas mengundang parah pada diri sendiri..
nak perform utk exam nih, tapi masyaALLAH, x study sangat pon..sdey3~
salam wbt..
pantang ternampak nama.. haha..
insyaAllah, anda kan membantu agama-NYA.. moga DIA permudahkan urusan exammu.. ameen.. +)
Post a Comment