keliru la

on Friday, July 11, 2008

salam..

Alhamdulillah, teman punya kesempatan hari ini untuk update blog.. +)
Sebelum teman nak share sesuatu, teman harap pelayar2 yang terdampar di blog ni sudi menyedekahkan al-Fatihah buat jiran teman yang baru kembali kepada-NYA.. teman panggil beliau sebagai Pak Jang, orangnya baik dan amat suka mengusik teman dengan bertanyakan bila teman ni nak berkawin?? +) Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. amin..

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(al-Nahl, ayat 125).


selalu sahaja terdengar canangan orang bahawa kalau nak menegur biarlah secara berhikmah tetapi ramai termasuk diri teman yang tidak mengerti sangat macamana yang dimaksudkan dengan berhikmah? bagi diri teman (betolkan kalau tersalah), hampir semua bentuk teguran boleh dikatakan berhikmah hanya saja kalau teguran itu diterima dengan baik oleh mereka yang ditegur.. memang sakit pabila ditegur, mula2 kita mungkin respon, " kalau dia tegur aku dengan cara yang gini2, bolehla aku terima.." tapi sebenarnya apabila kita ditegur dengan cara yang gini2, kita mungkin nak ditegur dengan cara gitu2 pulak.. Jadi, kitalah sepatutnya berusaha menerima teguran dengan baik, bukan dengan ketidakpuasan hati yang memanjang..

Bagi diri teman, ada beberapa golongan yang teman akan pikir berkali-kali sebelum menegur.. kadangkala, x mampu nak menegur.. 1) mereka yang lebih tua 2) mereka yang banyak ilmunya 3) kombinasi golongan 1 dan 2


teman rindu nak berjemaah ramai2 seperti di musolla as-saad.. namun, kalau dekat tempat teman ni, ada beberapa masalah yang mengelirukan teman.. jadi, teman nak mohon buah pikiran para pelayar..
peristiwa ini adalah ketika teman menghadiri majlis tahlil di kampung teman..

*masalah pertama ialah kerenggangan antara makmum sewaktu solat.. teman dah cuba nak bagi hint bahawa besarnya jarak antara kami tapi tiada respon dari akak2 or makcik2 sebelah teman.. jarak yang boleh memuatkan seorang lagi makmum kekal anara teman dan orang sebelah sampai habis solat.. tapi bila dah habis solat, teman xda guts nak bagitau kat depa..
*masalah kedua ( yg ni teman memang tak tahu langsung), kalau waktu imam tengah berdoa dan ada satu part tu semua makmum kecuali teman (ditegaskan sekali lagi, tak tahu langsung) menterbalikkan tangan yang ditadah seolah-olah seperti menolak sesuatu.. pabila ditanya, mereka kata tangan perlu diterbalikkan sewaktu ada part dalam doa untuk menolak bala.. betul ke??
*yang ketiga, ada suatu malam tu sewaktu nak berjemaah untuk solat Isyak, semakin ramai hamba2-NYA yang baru datang dan memenuhi ruang di tingkat bawah rumah.. teman dan mereka2 yang masih muda belia termasuk seorang makcik disuruh berjemaah di tingkat atas rumah.. sewaktu teman dok kalut menyusun sejadah, tiba2 terdengar laungan supaya dihamparkan sejadah untuk imam.. imam?? aik, teman rasa pelik sikit, boleh ada lagi ke satu jemaah baru kat tingkat atas ni?? teman dengan kekeliruan yang melanda mengikut jua jemaah baru disertakan dengan suara imam kat tingkat bawah yang dapat didengar dengan jelas..

untuk permasalahan ketiga, teman sudah try tanya beberapa orang untuk memastikan boleh ke ada dua imam dalam satu rumah? ada orang rumah teman kata boleh, ada kata tidak.. mana satu nak percaya ni??
kakak teman akhirnya bercadang untuk tanya ustazah di tempatnya mengajar (kakak teman seorang guru sekolah rendah)..berikut merupakan antara respon2 dari beberapa orang;
ustazah sekolah: kalau dekat surau or masjid, memang x boleh.. kat rumah x taula pulak.. sebenarnya, bnda ni
mungkin jadi x boleh sebab takut makmum keliru dengar suara dua imam
( pabila teman dengar jawapan ni, teman terpikir..habis tu kalau x keliru memang bleh ada dua imam ke?.. pelik!!)
orang rumah: benda dah berlalu, yang jadi imam tu pun seorang ustaz.. dia mesti lebih tau.. kamu hanya tanya
kawan2 kamu ja.. kalau salah pun, biar imam tu yang tanggung..
akak usrah: x boleh ada dua jemaah.. kecuali kalau makmum x dengar suara imam..
sahabat sekolej: kalau dalam masa yang sama, x boleh ada dua imam dalam satu bangunan.. kena tunggu
jemaah yang awal habis, baru buat jemaah baru..
tuan rumah: imam tu selalu travelling ke sana sini,banyak pengalaman..dia mesti lebih tau.. malam tu pun yang
dekat tingkat atas (kecuali teman katanya) x dapat dengar suara imam kat bawah.. kalau x dengar
dan x nampak pergerakan, boleh ada imam baru..
orang rumah 2: boleh ada dua imam dekat dua tingkat rumah..kecuali kalau nak buat jemaah baru dalam satu
tingkat yang sama dengan jemaah awal..
diri teman: teman paling setuju dengan pendapat sahabat sekolej.. kalau kita tak dengar suara imam dan kita tak
nampak tapi kita tau ada jemaah, kita kena tunggu depa habis baru kita buat jemaah baru.. lagipun,
kalau suara imam tak kuat, kan boleh sorang makmum lelaki kuatkan suara untuk memberi petunjuk
tentang pergerakan imam.. kalo tak sure jugak, buat je la jemaah baru lepas habis jemaah awal.. +)
(betul ke??)

pendapat anda bagaimana??

konklusinya, teman keliru.. huhu.. +)
actually, penting ke benda2 macam ni..? banyak ayat Allah S.W.T menyuruh kita menyampaikan kebenaran dan memberi peringatan kepada mereka yang tidak beriman.. macam mana pulak dengan golongan yang sudah beriman kepada-NYA tetapi menghadapi masalah untuk memahami selok-belok dalam nak beribadah kepada-NYA (termasuklah diri teman ni)??
hurm........

2 pencelah:

NuRuL AtiQaH said...

aslkm..maaf, saye xtau sgt bab2 berjemaah ni, rasenye ade org lain yg lebih arif boleh tolong awk..boleh x awk ubah setting kat ruang comment ni agar org lain pn boleh beri jwpn pd kekeliruan awk, tidak terhad pd bloggers shj..tq =)

Musafir Kelana said...

Inilah masalah di kampung-kampung sebenarnya. Susah hendak mengubah mentaliti yang sudah diamalkan sekian lama.

Mengenai menterbalikkan tangan sewaktu doa menolak bala, tidak menjadi satu kesalahan kerana itu hanyalah sekadar ikhtiar dan usaha untuk menolak bala. Tapi orang hanya akan menterbalikkan tangan cuma pada doa menolak bala je!