System Of A Down (SOAD)

on Tuesday, July 15, 2008

salam..


SOAD, itula band kegemaran teman suatu ketika dulu.. Syok sangat2.. lagu2 mereka amat menenangkan jiwa muda belia diri teman..+)

teman masih teringat lagi, sewaktu zaman sekolah.. teman selalu mengutuk dan mengata seorang kawan kerana minatnya terhadap lagu2 sebegitu.. teman cakap kat dia; "buat apala kau dengar lagu2 macam tu? membuang masa! menyakitkan telinga! menyeksa jiwa! buang duit ja beli album dorang tu..baik kau dengar lagu2 CT je" (waktu tu, teman memang peminat kak CT Nurhaliza..+)

alih2, ketika teman dok asrama, seorang kawan pinjam teman punya walkman.. lepas tu, dia tertinggal walkman beserta kaset SOAD di meja teman.. teman try dengar kenapa la kaset tu menjadi kegilaan dia,melalak tak habis2.. teman tekan butang 'on', terus hati teman berdetak-detak dengar lagu 'BYOB'.. bingit sangat2, teman rasa macam nak tercabut jantung bila pertama kali dengar lagu2 macam tu.. teman stopkan dulu, ambik nafas, baru teman sambung dengar balik dan akhirnya jadi pendengar yang expert..

dari sehari ke sehari, teman pun seperti kawan teman, jatuh cinta dengan lagu2 SOAD dan jugak dari band2 sejenis yang lain, bagi kami dorang tu menyampaikan lagu2 berjiwa remaja yang mahukan kebebasan (hampeh tol kan).. teman pun terdidik untuk membiasakan diri mendengar lagu2 dorang sehinggakan kadang2 teman rasa dorang dah tak power sebab lagu2 dorang macam berirama Malaysia ja.. teman dan kawan teman pun selalula carik lagu yang lebih dalam feelnya dan lebih power, baru bez!! kawan teman lagi hebat, dia memang ada akses dengan lagu2 sebegitu.. teman pun ikut je la kata2 orang yang lebih pakar.. huhu..

Alhamdulillah sekarang ni, teman dah tak dengar lagu2 zaman jahiliah teman walaupun teman dah lama register sebagai member kelab SOAD (belum quit lagi, tak tahu camana).. ada keinsafan dalam diri teman.. memang lagu2 macam tu membuang masa ja dan merosakkan gegendang telinga teman.. lagipun, lagu2 tu mendidik hati menjadi keras dan sentiasa nak hidup bebas dengan cara memberontak.. Astaghfirullah..

By the way, kadang2 pabila bosan dan merasa sepi, teman masih jugak bukak U Tube dan dengar lagu2 SOAD (yg x keras sangat; aerials, hypnotize, lonely day n the list goes on...) Memang masih ada lagi nampaknya karat2 jahiliah dalam diri teman... teman nak bersihkan dan cucikan, ada sapa2 nak tolong??

sebenarnya, apa yang teman cuba nak sampaikan yer?? hurm, basically, beginila sikap manusia yang hidupnya terumbang-ambing.. mula2, pabila kita mendapat suatu keseronokan baru yang negatif, kita mungkin tak biasa dan kita mengambil masa untuk menyesuaikan diri kita dengan benda baru itu.. pabila dah terbiasa, kita rasa keseronokan itu dah tak berapa seronok lagi dan kita cuba untuk mencari keseronokan yang lebih extreme negatifnya supaya kita punya feel lagi mantap dari sebelumnya..bila pikir2 balik, puncak keseronokan tu sampai bila pun kita takkan pernah capai..

Tapi, semua ni takkan terjadi kalau kita benar2 berpegang teguh dengan agama-NYA.. ini kerana kita tahu dan sedar yang Islam tak membenarkan kita membuat perkara2 yang merugikan dan tak membawa apa2 kebaikan kepada diri, agama, bangsa dan negara.. hanya menjadi liabiliti negara adalah..

lagi satu, tak usahlah kita mengutuk dan mengata kawan2 kita dengan sewenang-wenangnya kerana ia akan memakan diri kita kerana kita mungkin akan melakukan kesilapan yang sama dan mungkin juga, lebih teruk dari mereka.. last but not least, befriend with everyone but be close with those who remind us of HIM.. jangan salah pilih tau, nanti menyesal jiwa kat akhirat.. +)

Wallahualam..

0 pencelah: