be prepared la..

on Wednesday, September 10, 2008

salam...

sorang teman msg sy dan tanya samada sy dah tengok email ke tak.. ada attachment flight details drpd cik Pah, ejen KPM.. flight die kna delay ke 22 Sept, meskipun visa n lain2 bnda dah siap dikerjakan..
sy pun cuak giler.. ye la, family sy dah ambik cuti nak anta sy ke KL.. dorang keja kerajaan, susah nak mintak tukar2 cuti nih.. lgpun, dorang dh bli tiket dan dah book hotel lg..
Alhamdulillah, lepas cek tadi, confirm sy punya flight x kena tukar.. +)

Anyway, bnda ni terjadi kerana ramai plajar belum siap visa.. Bagi mereka yang belum dapat offer letter, mereka mmg bukan penyebab masalahnya.. tapi, bagi mereka yg dah dapat offer letter tapi menangguhkan tarikh membuat visa, sedarlah......anda telah menyusahkan orang lain yg telah awal2 siap buat visa..

Sy tau, ramai yang alang2 menunggu tarikh pre-departure briefing untuk buat visa supaya mereka x perlu susah2 turun naik KL, tapi at the end, orang lain pun terheret sama ke dalam masalah mereka..
lagipun, sekarang mmg masa yang paling genting ntuk bersama family, tapi apa salahnya berkorban sedikit demi kebaikan.. setiap perkara kan memang ada hikmah yang tersembunyi.. Sy sendiri terpaksa mengurangkan detik2 akhir selama seminggu lebih untuk bersama family kerana urusan membuat visa dan sekaligus KPM briefing.. sedih jugak tau.. untuk detik itu, sy berkembara di rumah sahabat yang x begitu jauh dr KL berbanding dgn tempat kelahiran sy..

hikmahnya, urusan sy selesai awal, flight x ditangguh, x menyusah any parties including KPM, dan dapat lebih mengenali keluarga sahabat sy...seronok main dengan adik2 beliau.. +)

Allah S.W.T pun ada kata stiap yang terjadi pun merupakan hasil daripada perbuatan manusia itu sendiri.. jadi, harap2 kita ada kesedaran untuk sentiasa buat preparation seawal mungkin.. apatah lagi kepada bakal2 guru, kita perlu be prepared spanjang masa.. generasi masa depan kian berilmu dan berakal, andaikata kita jenis yang kelam-kabut dan buat keje last minute, profesion kita akan diperlekehkan..

Walau apapun, perkara dah terjadi... inilah ketentuan-NYA dan inilah jua yang terbaik buat kita... biarlah kita sebagai hamba-NYA mengambil iktibar untuk masa depan yang lebih baik.. insyaAllah.. +)

0 pencelah: