salam...
sy tengah blur..sangat2 blur.. minggu depan sy dah nak berangkat ke UK, visa pulak insyaAllah minggu ni ambik.. Sy baru je check, dah siap dah visa sy.. harap2 teman2 yg lain pun xperlu menunggu lama.. amin..
Alhamdulillah, mak, akak 4 org, abg ipar, n anak2 saudara tercomel sudi meluangkan masa untuk hanta sy kat KLIA.. yg sedihnya, pak x dapat hanta sy sbb pak tgh sakit, bedridden due to stroke attack.. nanti akak sulong n familynya akan dok umah untuk jg pak spanjang tempoh sy dan yg lain berada d KL..
preparation sy xda apa2 pun, baju2 pun x banyak.. Sy guna beg yg x besar mana pun untuk letak smua brg2 sy, ditambah satu beg laptop n satu beg yg mungkin akan diletak sedikit makanan.. +)
kakak yg tolong sy packing barang2 terkesima gak dgn saiz bagasi sy yg kecik untuk dimuatkan brg2 selama 3 tahun tu..huhu..
masa kian suntuk, tapi sy macam xda perasaan sgt... risaula.. sy nak rasa excited tp x dapat pun.. adakah kerana sekarang ni bulan Ramadhan, lantas sy xda apa2 feel?? hurm,x kot.. masanya blum tiba la tu.. insyaAllah, kalau dah di KLIA baru akan timbul pelbagai perasaan..kan? +)
sekarang tengah sedih sikit.. dari semalam, family sy nak apply internet kat umah.. sy pun busy la call technician Mlayu ni.. katanya, die akan p umah sy.. Tunggu punya tunggu, call punya call yg mulanya djawab dgn kata2 harapan ; sy akan sampai ke rumah awak x lama lg, tp akhirnya dijawab akak operator yg menelan kredit sy, sy pun redha je la dgn sikap sesetengah org Mlayu yg sering mlepaskan pluang mencari rezki..
justeru, pagi tadi sy dah xnak call orang semalam.. sy call technician Chinese nih.. katanya, akan smpai pukul 10 am tp lama juak tunggu baru nampak batang idungnya.. rupanya, die tersesat..biasala, sy dok kampung n rumah2 kampung mmg agak berselerak. +) at least, die datang gak x buat sy tertunggu2..
sy dah bsemangat untuk dengar penerangan2 dari die, sehingga die kata, proses untuk connection ni ambik masa 3 hingga 4 hari.. ohoho, nmpaknya, sy xkan smpat nak guna intenet umah sbb sy akan p KL Khamis ni..kan nak ambik visa... jd, besedihla sy..huhu..bnda kecik pun nak sedih kan.. tp, pkara ni mnyebabkan sy makin respect kaum Cina yg mnghargai customers n tau nak buat keja dgn efficient..
harapan sy, kaum Mlayu pun akan berusaha ubah sikap biar jadi lebih rajin dan yg penting, tetap brlandaskan syariat Islam..insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment