1st day placement

on Tuesday, November 4, 2008

salam...


Alhamdulillah, survived hari pertama placement.. seperti yg sy duga, kitorang terlambat dalam 10 minit.. harap2 x rosak la reputasi.. +)
reputasi budak2 local tu masih terjaga kot, sy pulak dahla x pakai t-shirt putih (sebab xda tshirt putih, minggu depan baru dapat uniform), berbaju lengan pnjang (xkan nak tayang lengan) dan lupa pakai badge nama.. hah, lengkap kesalahan x mematuhi etika berpakaian seorang student OT..



apapun, sy macam rusa masuk kampung sebaik keta Mel memasuki Abergavenny.. bg sy, tempat ni sangat lawa dan menenangkan.. SUBHANALLAH.. tapi, tetap x terbanding dengan syurga yg memang xkan dapat nak dibayangkan keindahannya.. +)

educator sy baik pulak giler orangnya.. huhu.. Alhamdulillah sangat2, setakat ni sy begitu seronok dengan dunia baru ni.. hari ni, walaupun hanya berjumpa dengan 5 patients, kelaparan tetap mampu membuat sy jadi penat.. stiap kali break time, sy x ketinggalan ntuk mengisi ruang perut dangan makanan yg memang sedap.. +) dahla sy agak terkenal sebagai seorang yg kuat makan.. tapi kat hospital ni x dapatla nak makan sangat, kering duit rakyat nanti..

oh ya, yg paling sy seronok adalah patientsnya.. mereka adalah org2 tua yg sangat3 comel.. rasa mcm nak picit2 je pipi mereka, seperti yg selalu dibuat ke atas budak2.. hehe.. sememangnya, peringkat umur tua ni adalah da second childhood.. dorang menjadi kurang upaya, perlukan bantuan sama seperti budak2 yg perlu dipimpin tangan mereka.. selain tu, mereka prefer makan makanan2 lembut, suka dibelai, banyak bertanya dan mengulangi pertanyaan (ingat lagi iklan petronas?)..

"Dan barang siapa Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadian(nya). Maka mengapa mereka tidak mengerti?"

Surah Yasin, ayat 68

pengalaman yg baru seusia satu hari ini memang amat bermakna buat sy.. betapa sy harus menghargai usia muda ni dan gunakan kudrat serta darah muda yg ada untuk Islam.. pabila dah mencapai usia tua, banyak kekurangan yg akan timbul.. kadang2 mnusia berfikiran untuk enjoy di usia muda dan bertaubat di usia tua..

namun, realitinya... usia tua agak mnyukarkan gerakan perjuangan untuk Islam.. nak beribadah pun kadang2 terganggu pabila sakit2 sendi la, badan penat2 la, jalan terbongkok-bongkok la.. bukannya x boleh langsung nak berjuang, tapi kalau dimanfaatkan usia muda yg penuh tenaga, idea, semangat etc maka akan makin cepatlah Islam tertegak semula.. sememangnya, org2 mudalah yg memangkinkan kemajuan sesuatu negara.. lagipun, kalo kembali kepada-NYA sebelum mencecah usia tua, bila lagi harus nak bertaubat?

hurm.. rasanya sy nak p revise kembara hari ni, nak catatkan dalam OT student punyer diari..
semoga esok yg akan tiba menambahkan keimanan dan nilai taqwa kita semua.. InsyaAllah..
dan, sy nak wish beday ibu tersayang.. +)

mak dengan adik.. +)

0 pencelah: