Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..
placement hari kedua memang agak buruk perjalanannya.. dahla terlambat lagi smpai dek driver terbangun lewat.. inila namanya janji Cardiff.. janji turun kol 7.15 am tapi nak dekat kol 7.45 am baru bergerak, msian kat sini pun ada gak terkena tempias janji nih.. hehe..
smpai2 je hospital terus ikut p meeting bersama physiotherapists dan seorang nurse berpangkat sister.. sister tu asyik menjeling sy yg x pakai uniform.. huhu.. semalam sy gelakkan Syafiq yg katanya tertidur sewaktu meeting.. alih2 sy pun termengantuk gak, menimbulkan kerisauan kepada educator sy..
habis je meeting, sy ikut educator bergerak ke bilik yg menjadi tempat perkumpulan healthcare professionals.. setiap langkah sy semakin melemahkan stamina, rasa mengantuk makin kuat.. adoiii.. ketika sy dok berusaha menumpukan perhatian sewaktu educator sy dan colleaguenya berbincang, sy terlelap dalam posisi duduk, menyebabkan sy agak tersengguk dan terdorong ke hadapan.. educator sy pantas menegur, " R u alrite? I thought U r gonna faint.." huhu.. ke situ pulak, tp sy khabarkan bahawasanya badan sy agak penat.. mereka pun korek2 la waktu tido sy dan agak terkejut dengan jumlah tido sy yg sedikit (tp bukannya qiammullail pun.. isk3)
tengaharinya, sy diserahkan di bawah jagaan seorang colleague kepada educator sy.. die sangat3 best jugak dan amat3 mudah menambat hati patients kat sini.. sewaktu mengikutinya membuat assessment yg pertama dan setelah otak sy agak tepu dengan maklumat pesakit, sekali lagi minda bawah sedar sy bekerja, mengantuk yg teramat.. kali ni sy makin kuat berusaha nak stay awake, menyebabkan air mata tahan kantuk lagi kuat kluar berbanding sebelum ni.. huhu.. setelah buku sy terjatuh dek pegangan terlepas, baru sy agak segar bugar kembali..
kemudiannya, pesakit yg paling menyeronokkan setakat ni kami temui.. awal2 atuk ni dah buat lawak.. asyik gelak je kerja kami.. sekarang ni, air mata kluar sebab gelak2 yg melampau (ceh, teruknya... waktu ni x terpikir pasal kematian tol la)
seketika, pabila atuk ni bercerita pasal kehidupannya dan orang2 luar yg disayanginya, die menahan kesedihan menyebabkan sy pun nak nangis gak ( x professional ke?) anyway, atuk ni lives alone.. hurm, mmg kebanyakan org2 tua kat sini macam tu.. keseorangan dan xda siapa yg datang melawat.. pabila sesi assessment berakhir, atuk ni bersungguh ucapkan terima kasih kat secondary educator sy kerana sudi bercakap dengannya..
Alhamdulillah, 5 orang pesakit comel2 dah ditemui (3 org bersama primary educator).. tamat sesi assessment semua, depa buat meeting bersama doktor (physio n OT).. apa2 pun, doktor memang gather maklumat patients daripada healthcare professionals, jarang tengok doktor jumpa pesakit directly.. dan, doktor akan tanya depa samada pesakit dah boleh kluar wad ataupun x.. huhu, best gak ada power ntuk decide.. wahaha.. evil ni, kalo sy la, sy akan tahan atuk2 dan nenek2 yg kiut-miut supaya dapat salu jumpa.. +p
untuk harini punyer kembara, sy dikhabarkan yg educators sy ni akan buat home visit.. yehoo!! Alhamdulillah, awal2 dah ada pluang ke rumah pesakit.. +)
sebab tu la, sy melelapkan diri agak awal malam tadi.. dahla x sempat nak tutup laptop, dan x reply2 ym yg ada... baru pagi ni tengok masing2 dah sign out.. maaf2.. uhuhu, membazir elektrik hall je sy ni.. xpe2, kan nak dekat sebulan sy x dok kat hall tapi kene bayar gak.. ni compensation la ek.. huhu..
n, rasa2nya sy mngalami eating disorder kot.. bukannya sy berdiet pun, dan xde la simptom2 bulemia ataupun anoreksia.. tapi, sy x memasak.. asyik bergantung dengan roti dan choc spread.. sebab tu tenaga sy agak berkurangan sedangkan sy perlu bergerak seaktif-aktifnya.. perkara ni menjurus kepada kecepatan untuk penat dan akhirnya termengantuk.. kan??
sebab itula, semalam dalam pukul 5 lebey sy gerakkan diri ke Albany Road ntuk membeli fast food kegemaran.. huhu.. x tahan gak kalo hari2 pun macam ni.. waaa.. anyway, sy salah naik bas dan dibawa ke Park Place.. hehe.. salah sendiri.. kemudian naik bas 57 (ada monthly pass, harus selalu digunakan.. +p) albany fish bar, best3.. +)
dalam kembara tu, adala nenek ni yg berpakaian lawa dan membawa sejambak bunga dah menekan loceng (klasik je bunyik) dan bersedia ntuk kluar bas tapi pemandu x berhenti-henti.. marah nenek ni dengan driver tu.. die kerisauan n asyik bertanya, " where am I???!!!" sy dah bersedia nak temankan nenek tu ntuk kluar dan carik destinasinya pabila ada sorang pakcik sudah pun mendahului sy.. tengok2, die hantar nenek tu kluar bas je.. ceh!!! ksian nenek tu, dengan tongkatnya die mencari2 jalan dalam kegelapan..+(
kesal tol sy sebab x offer pertolongan.. dah banyak kali pluang ntuk menunjuk kelebihan Islam tapi terlepas.. hurm.. xpela, pabila difikirkan..kalo sy temankan nenek tu, berkemungkinan ntuk sesat sangat tinggi.. ntah2, sy bawak die jalan2 ke Albany Road sudahnya.. huhu.. inila ayat ntuk sedapkan hati.. +)
orait, sy nak breakfast (awalnyerr..) perut dah lapar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment