Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..
Alhamdulillah, berakhir placement ntuk minggu nih.. ari Jumaat depan sy off,sebab half day minggu depan dah bawak ke hari ni.. +) sekarang sy telah pandai mnggunakan train dengan jayanya.. syukur2..
semalam sy tido kat Riverside since kne naik train kol 6.50 am.. sampai kat Abergavenny dalam 40 minit, ingatkan adalah masa ntuk carik stesen bas yg pegi hospital..
disebabkan kebolehan sy ntuk sesat jalan adalah tinggi, terpaksala guna gps.. carik2 destinasi, jumpa lak jarak dari train station ke hospital adalah 11.9 miles dan dianggarkan akan sampai dalam 23 minit.. huhu.. harap2, sempat sampai hospital sebelum kol 8.15am..
Sy kne jalan dengan suhu yg x dingin sangat, 8 degree celcius.. terserempak dengan stesen bas.. Alhamdulillah.. waktu ni, jam dah pukul 7.45am.. namun, terpaksa gak sy berjalan kaki sebab bas dah berlepas kol 7.35am dan bas seterusnya datang kol 8.35am.. huhu..
sy mmg x berani nak lepaskan mata daripada tengok gps tu, takut tersasar jalan lak (kan bez kalo dapat berpegang btul2 dengan al-Quran, insyaAllah xkan terbabas daripada jalan menuju-NYA) sesampainya sy kat stesen minyak BP, ada sorang minah salleh menggamit-gamit sy.. sy buat dunno gak, lepas tu die begerak ke arah sy dan tanya sy, " U r Dayang rite? OT student?" sy angguk... lepas tu, die khabarkan die salah sorang OT kat hospital tu tapi x sempat nak pakai uniform sebab tu sy x kenal..
diajaknya sy mnumpang kereta.. katanya die dah nmpak sy dari tadi tercari-cari jalan tapi takut tersalah panggil orang.. huhu.. sabar je la.. hospital dah x jauh pun, tapi x manis pulak menolak ajakan orang.. hihi.. +)
selamat sampai hospital, serta dapat berkenalan dengan breakfast baru yg murah, roti bakar dan TELUR MATA KERBAU.. +) makanya, x perlu lagi bekal roti + chocolate spread =
rutin berjalan lancar.. ramai pesakit yang dapat balik umah, berseri-seri je muka depa.. then, sempat assess sorang atuk dan sorang nenek je.. oleh kerana hari adalah hari terakhir placement mnggu ni, sy dan educator diwajibkan buat private meeting ntuk bincang pasal learning contract.. Alhamdulillah, selesai.. tapi, yang paling best ialah sy langsung x ngantuk (kadang2 mnguap skit..ceh).. mcm btol jek kajian semalam, jadi haruskah sy mnumpang kereta budak2 tu o naik train stiap hari (10 pounds tu).. hurm..apa2pun, nantila difikirkan.. sy akan buat kaedah cuba jaya sekali lagi.. kalo memang sy ngantuk2 pada hari sy mnumpang keta dorang, sy akan guna train je la.. lagipun, duit rakyat ni xkan nak simpan ntuk mngkayakan diri kat Msia nanti.. harus sy salurkan ke arah pembentukan diri yg lebey baik.. insyaAllah..
oh ya.. harini sy balik awal, 3.50 pm.. makanya, sempatla bjalan ke skitar Albergavenny, yang serupa Tanjung Malim.. +)
macam pelancong lak, ambik2 gambar..
tapi, gambar x jelas dan x lawa seba ambik guna iphone..bukannya sony ericsson k530i.. +p









dan, kesudahannya... perabihkan jugak duit rakyat kat kedai cenderamata nih.. ye la, kat Cardiff jarang dapat jumpa.. +)
0 pencelah:
Post a Comment