Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wbt..
Akhirnya, cuti pun bermula.. itupun setelah selesai sesi VIVA pada hari ini yang amat mendebarkan jiwa.. VIVA alhamdulillah, cuma adalah satu dua soalan yang sangkut sikit.. tak mengapala, sy percaya sy dah melakukan yang terbaik.. keputusan VIVA selepas cuti ni, sy serahkan sepenuhnya kepada-NYA..
mungkin elok juga sy nukilkan sedikit kisah2 di sebalik VIVA ni, insyaAllah dapat menjadi pengajaran berguna buat sy kelak dan juga kepada siapa2 yang satu tabiat dengan sy.. +)
sebelum ini, dari zaman sekolah2 dulu.. sy memang ada habit untuk tidak tidur awal pada malam sebelum exam besar (bukan ujian bulanan) atau apa2 sahaja event yang penting.. dahulu pun, malam sebelum Add Maths (hari pertama SPM), sy tidur dalam pukul 4 pagi..
sy memang jenis yang last minute sebab kalau sy buat persediaan awal contohnya sebulan dah siap ulangkaji semua, sy masih rasa sy macam tak buat apa2 persediaan pun.. pengalaman PMR & SPM yang lalu, sy akan ulang-balik buku2 yang tebal kerana nota2 ringkasan yang sy buat tetap dirasakan meaningless..
dan perkara yang sama jualah (tidur lambat) terjadi pada malam sebelum VIVA Rabu lepas.. sy tak dapat tidur, maka sy ambik kesempatan untuk ubah lagi beberapa point dalam slides sy..
sy risau sebenarnya sebab tak dapat tidur, tapi mata sy memang segar-bugar.. huhu.. akhirnya, setelah azan Subuh dan sy selesaikan urusan2 sy dan mandi, sy tertidur pada jam 5.30 pagi..
hasilnya, sy terjaga pada pukul 9.23 pagi.. Cemas?? mestilah, sebab VIVA sy bermula pada pukul 9.30 pagi.. kalau nak merempit (berbasikal), akan ambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke sekolah.. sy bercadang nak telefon pensyarah2 memberitahu keterlewatan sy, tapi sy tak simpan nombor2 pensyarah, sebab selalunya guna email kalau nak berhubung.. waktu tu, nak cari dekat website sekolah pun tak berapa sempat.. maka, sy pun bersiap dan terus merempit..
sy sampai 9.50 pagi kat bilik 3.6 (bilik untuk sesi VIVA sy), interviewers tiada.. sy bergegas ke reception dan receptionist beritahu interviewers memang dah tak nak buat sesi sy tu dan mereka sedang bersiap untuk pelajar seterusnya.. huhu..
resolusi yang ada, adalah berjumpa dengan personal tutor untuk membincangkan apa yang patut sy buat.. waktu jumpa beliau, sy memang beritahu yang sy terlajak tidur.. beliau terkejut jugak dengan alasan sy dan beliau hargai kejujuran itu.. beliau menambah, akan ada sesi hari Jumaat (hari ini) hanya untuk mereka yang ada alasan sakit.. dan beliau tidak pasti sama ada alasan sy boleh diterima ataupun tidak..
beliau bawak sy berjumpa dengan head of school dan akhirnya diputuskan sy akan ambil VIVA hari ini sebagai percubaan yang kedua (sesi VIVA pertama itu disahkan gagal), yakni sekiranya sy gagal percubaan yang kedua ni pula, sy akan di exclude kan daripada course ini.. cemas?? mestila makin cemas.. huhu.. double pressure..
syukur malam tadi sy tidur agak awal, lebih kurang pukul 2.30 pagi.. lebih baik daripada hari Rabu itu.. +) moga2 untuk masa akan datang sy berezeki untuk tidur awal sikit.. ameen..
untuk sesi VIVA, pelajar diberikan 15 minit untuk present, dan ada jam disediakan di hadapan pelajar berfungsi untuk memberitahu berapa banyak masa yang kita masih ada (masa yang tinggal).. namun, ketika sy syok present, sy terpandang jam tu dan ternampak angka 10.. sy tersilap interpret dengan memikirkan sy sudah pun bercakap selama sepuluh minit dan masa yang tinggal hanya selama 5 minit memang tak akan cukup untuk huraikan assessment plan(sedangkan, yang sebaliknya berlaku iaitu sy baru bercakap dalam 5 minit dan masih ada 10 minit lagi masa yang tinggal)..
apalagi, mula la cemas sedikit dan banyak jugak slide penting yang sy skip.. dan, perkara ni agak meng affect kan keseluruhan presentation sy.. apapun, usaha yang tinggal sekarang ni adalah bertawakkal kepada-NYA.. semangattttttt.. +)
di sini, sy nak ambil peluang untuk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kalian yang telah tolong mendoakan ketenangan sy dan juga agar urusan VIVA sy dipermudahkan.. hanya DIA sahaja yang dapat balas kebaikan kalian.. dan, sy amat2 menghargainya.. +) sekiranya kalian pun ada masalah, jangan segan dan silu untuk kongsikan dengan sy.. wokeyh??
ps: pengajaran yang ada? sy rasa agak jelas kot, tak perlu dihuraikan.. +)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 pencelah:
assalamualaikum k.dayang..
keep faith sis! we'll keep on praying 4 u..insyaAllah..
kamel baca entri ni sebelum tidur semalam
lepastu boleh pulak sampai mengigau: kamel bangun lambat untuk catch train pergi Cardiff.
bangun pukul 9.23 jugak tu dalam mimpi! train pukul 9am. maka terlepas..
aduih..betapa kuatnya effect pengajaran kisah ni ye.. =P
wsalam wbt..
insyaAllah.. ameen.. +)
aduhhhaiii.. lucu la Kamel ni.. hehe.. kuat sangat ke effect pengajaran? syukur sebab dalam mimpi, harap2 x terjadi kat realiti.. +)
pgajarannye
jgn last minit
btoi?
:P
stiap sem ade viva ke dyg?
salam wbt..
hehe.. btoi la tu, n berhati-hati dengan waktu tidur.. +)
x.. insyaAllah, setahun sekali..
Salam..
GO Kak Dayang...
InsyaAllah the result will turn out well..
Amin..
Dont worry yea. He will help. =)
Datang lar edinburgh!! Razeen bwk jalan2. =D
Begitulah kepentingan tidur awal ni kan.. Saya dulu pernah tertidur sampai lagi 5minit exam akan bermula. Memang saya gagal dalam subject itu. BUkan masalah tidak ada persediaan. Tapi Masalah gementar bila sudah 30minit datang lewat. Otak juga jadi kalut
wsalam wbt..
Razeen, thank u so much for ur du'a.. +)
insyaAllah, plan ke Edinburgh tu memang ada.. mudahan dipermudahkan-NYA.. ameen..
salam wbt..
Muhriz Rahmat, memang btol apa yg anda katakan.. tidur untuk menjana tenaga~beribadah..
Post a Comment