Ada yang bertanya, "Tak sedih ke?" Erm, jawapan apa yang harus sy berikan, walaupun soalan itu memang berasas sebab secara lahiriahnya, sy tampak ceria. "Ceria tak semestinya bahagia". Dan kebahagiaan itu rezki daripada-NYA. Sebagai seorang anak yang jauh dari sisi ayahnya ketika dipanggil kembali menemui-NYA, kesedihan itu tetap ada. Namun, sebagai seorang Muslim, sy mengharapkan kesedihan sy tidak sampai ke tahap keterlaluan kerana ia langsung tidak membantu arwah pak.
Sekarang ini, sy mengambil jurusan Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapy) yang ada banyak kaitannya dengan rehabilitation. Apabila ditanya tentang perancangan sy, sy selalu menyatakan matlamat terdekat sy adalah mengaplikasikan sedikit ilmu yang sy dapat untuk membantu mengembalikan independence kepada arwah pak. Namun, itulah contoh perancangan manusia yang diatasi oleh rencana-NYA yang Maha Kuasa.
InsyaAllah, sy tidak pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ini dan sebab-sebabnya hanya DIA, sy dan beberapa orang hamba-NYA yang tahu. Sy mengharapkan ia adalah tindakan yang terbaik untuk sy lakukan pada ketika ini dan ia sendiri adalah fikiran daripada murabbi kesayangan sy ketika sy dihujani dengan pelbagai cadangan dan hujah yang agak mengelirukan. Memang, sy memang mudah terkeliru.
Bukannya sy ingin bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak balik. Pada dasarnya, mungkin orang di luar sana melihat faktor kewangan sebagai punca utama. Mungkin betul, dan mungkin tidak. Bukannya sy tidak memahami kesedihan mak dan ahli keluarga yang lain. Sy cukup memahami tetapi mungkin tidak merasai kesedihan yang sama yang dihadapi mak. Sy sendiri pernah mengambil tanggungjawab menjaga arwah pak. Ya, arwah pak memang sudah lama sakit disebabkan serangan strok. Sy membantu arwah pak mandi, memakaikan pakaian, makan dan dalam kebanyakan aktiviti harian arwah pak. Mak yang lagi lama berdampingan dengan arwah pak sudah pasti lagi sedih tapi sy yakin kesedihan mak tidak akan sampai ke tahap keterlaluan. Sesungguhnya, sy redha dengan arwah pak.
Sebelum ini, ketika sy menghubungi keluarga dan bertanyakan arwah pak, mak selalu menyatakan arwah pak sihat dan tiada apa yang perlu sy risaukan. Sy jarang2 dapat bercakap dengan arwah pak kerana arwah pak akan menangis apabila mendengar suara sy. Sy pun tidak pernah hendak memaksa arwah pak mengerahkan tenaga untuk bercakap kerana pesakit stroke memang agak sukar untuk bercakap.
Sekarang ini apabila sy menghubungi keluarga, mak akan menceritakan tentang arwah pak; yang sering ditanya, siapa yang arwah pak berayi (rindu)? Adakah si bongsu? Arwah pak pasti mengangguk dan mula sebak. Pak, kamek rindu juak dengan kitak. Ketika saat2 jemputan daripada Izrail datang, sy sempat juga bercakap dengan arwah pak dan meminta kalau2 arwah pak dapat bertahan sehingga sy balik summer nanti. Dan, sesungguhnya DIA lebih mengetahui akan kebaikan yang ada apabila arwah pak dijemput pergi sekarang dan semestinya, alam sana adalah yang terbaik buat arwah pak di saat ini. InsyaAllah.
DIA Maha Hebat dalam perancangan-NYA. Selalunya, sy memang bersendirian di kediaman sy namun diatur-NYA kedatangan beberapa sahabat ketika sy menerima berita pemergian arwah pak. Ajah, Aishafat, Kamel dan Nurul datang melawat Cardiff dan tanpa disangka, merekalah yang ditakdirkan untuk bersama-sama sy pada tengah malam itu dan disertai oleh kedatangan Sya pada keesokan harinya. Merekalah yang menenangkan sy, dan walaupun penat, mereka tetap menemani sy bersolat jenazah (ghaib), membaca yaasin, menjawab panggilan telefon etc sedangkan mereka adalah tetamu sy. Kami berenam jualah yang suatu ketika dulu tanpa dirancang pernah bermalam di Dublin Airport selepas tamatnya PUISI. MasyaAllah. Betapa indahnya ukhuwwah islamiyyah ini dan moga diberkati-NYA dan dapat membawa kita ke syurga. Sungguh, hanya DIA yang dapat membalas kebaikan kalian dan moga urusan kita dipermudahkan-NYA. Ameen.
Di samping itu, kepada kalian yang telah menghubungi sy, bertanyakan khabar, mendoakan arwah pak dan keluarga sy, menawarkan bantuan etc, juga hanya DIA yang dapat membalas segala-galanya dan moga dibalas dengan sebanyak-banyak kebaikan yang ada. Ameen. Maaf dipohon atas ketidak upayaan sy untuk membalas segala emel, ym, sms etc.
Sy sedar, arwah pak adalah seorang hamba-NYA yang tidak sempurna. Dan, kita semua pun bukannya sempurna. Sentiasa ada kecacatan yang wujud di mana2. Tapi, rahmat dan keampunan-NYA lagi luas daripada kemurkaan-NYA. InsyaAllah, moga arwah pak dilimpahkan rahmat dan diliputi keampunan daripada-NYA. Ameen. Sama2 lah jua kita yang masih hidup ini memperbaiki amalan kerana kematian itu bila2 masa boleh terjadi.
Ps: Antara sikap arwah pak yang amat sy sanjungi dan sy cuba pelajari adalah menghormati dan memuliakan tetamu. Sy pun berharap untuk mengamalkannya dalam kehidupan sy. Minta maaf kepada para tetamu sy atas kekurangan layanan terutamanya dalam bab2 masakan.. huhu.. kalian faham2 la ek.. +)
Ps: Di sini, sy ingin memohon maaf dengan sepenuh hati dan jiwa raga kepada kalian yang pernah terasa hati dengan sy sama ada secara langsung ataupun tidak. Halalkan segala-galanya di dunia dan akhirat. Andaikata ada perkara yang tidak memuaskan hati kalian, sila nyatakan kepada sy dan insyaAllah, sy akan cuba menebusnya kembali. Segala hutang-piutang jika ada, juga sy pohon untuk dimaklumkan kepada sy dan tindakan sewajarnya akan sy lakukan dengan seberapa segera. Moga dipermudahkan-NYA segala urusan kita bersama. Ameen.
7 pencelah:
Salam takziah untuk Sdri dan keluarga. Pada akhirnya dunia hanya tempat untuk kita singgah sementara. Banyak bersabar dan berdoa. Moga-moga Allah memberikan arwah kelapangan dalam perjalanannya di negeri akhirat, sebagaimana dia telah melapangkan hidup anda sekeluarga. Al-Fatihah.
Salam dyg
Takziah sy ucapkan kpd awk
kuatkan smgt ye awk
sy tau dan yakin dayang sorg yang kuat
wlu sy knal dlm alam maya je
xmustahil 1 ari nnt kte akan jupe scare realiti
saya nak sgt jupe dgn awk
bykkn bersedekahkan amalan kpd arwah, ingt pesan2nya dan blaja rajin2 tau
all the best..jgn lupe kami kt mesie.insyaAllah
dariNya kte datang, kepadaNya jua kte kembali..
Al-fatihah utk arwah..
salam dayang...
bersabar dgn ujian yg datang...
jgn ditangisi pd yg pergi..
marilah kita sama2 fokus pd yg tinggal ni..
ur mum need ur support..
jagelah die...itu lebih baik,insyaallah..
Salam..
insyaAllah, terima kasih sy ucapkan buat encik FakirFikir.
Fiera.. insyaAllah, moga kita berjodoh ntuk berjumpa.. dan, akan sy cuba yang terbaik ntuk melakukan apa yg arwah pesan.. ameen..
Iman, terima kasih atas peringatan.. aku mnusia biasa, kesdihan selalu ada tetapi aku cuba kawal..
semakin bnyak pengalaman kita dengan sesorang, semakin tinggi kebarangkalian ntuk merasa sedih..
Salam Dayang. Kagum dengan your strength. Bersabar ye. semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman. alfatihah.
salam dayang
memang tiada insan yang sempurna..berusahalah menjadi anak yang solehah dik...anak solehah itu harta buat ibu bapa kita...
usaha ye, moga terang dan tenang arwah di sana berkat anak solehah hasil zuriatnya
dan akak pasti awak boleh menjadi anak yang solehah itu
insyaAllah
Wsalam wbt..
Laila, huhu.. kekuatan itu berkat doa daripada semua.. Terima kasih..
All in all, syukur giler2 sebab DIA sudi bagi kekuatan kat kte.. +)
Kak Zaff, walaupun sekarang ni sy tau sy x layak bergelar anak solehah, insyaAllah sy akan usahakan..
moga kita sama2 diberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah.. ameen..
Post a Comment