سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Hari ini hari pertama practical placement di Community Mental Health Team (CMHT). Hari ini baru sy tau sy memang skalo (bahasa Sawak, xtau nak translate), disebabkan 3 kes yang berikut.
1. Sy bersemangat keluar awal, dalam 7.30 pagi tadi walaupun educator pesan datang pukul 9.15 pagi. Sy naik bas nombor 23. Sy ternampak pelbagai klinik dan hospital tempatan ketika menuju Witchurch Hospital. Sy sampai hospital pukul 8.45 pagi. Pusing2 satu hospital (hospital ni sangat misteri.. huhu.. padan gak akan dirobohkan dalam masa 3 tahun lagi), dalam 5 minit nak pukul 9.15 pagi, baru jumpa Occupational Therapy Department. Sy bersyukur dan lega sebab punctual. Sudahnya, setelah sibuk mencari educator sy, barulah diketahui rupanya sy tersilap tempat placement. Sy sepatutnya ke Gabalfa Clinic yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dari hospital itu dengan menaiki bas. Dan, sy memang ternampak Gabalfa Clinic ketika dalam perjalanan tadi dan gerak hati sy memang menjentik tangan menekan loceng untuk turun, namun perkara itu tak ditakdirkan berlaku. huhu.
.jpg)
suasana misteri di Witchurch Hospital. kalau tetiba terjumpa manusia, memang rasa bahagia.2. Semalam, Fatih hilang tanpa dapat dikesan. Sy redha. Sebabnya, ada hint Fatih akan hilang apabila malam sebelumnya ketika ke rumah Ustaz sy tiba2 terniat, "Sekiranya Fatih diambik oleyh orang yang lagi memerlukan dari aku, aku redha." keesokannya, Fatih pun mengikut tuan barunya pergi, meninggalkan sy. Salah sy sendiri sebab sy tak kuncikan Fatih. Tengok2, basikal lain yang berkunci di tiang belakang Fatih turut hilang, habis tiang tu kena cabut. Kehilangan basikal itu menyebabkan sy risau kalau2 mereka yang mengambil Fatih terniat untuk mengambil sekali basikal berkunci itu sebab dah alang2 ambik satu free2 je (tak berkunci), ambik je la yang satu lagi (berkunci di tiang).
(dengan izin-NYA, kehilangan Fatih menyebabkan sy ke placement naik bas.. insyaAllah, sy akan rindu Fatih.. memang tengah rindu ni..)
3. Tadi, sy dibenarkan pulang awal selepas placement, 3.30 petang. Sy pun bergegas ke balai polis nak minta surat mengesahkan I.C. sy hilang, untuk memudahkan sy membuat kad baru ketika balik Msia nanti. Tak ramai manusia, cuma ada dua orang gadis yang duduk agak jauh daripada sy di samping polis2 melayan manusia di kaunter. Apabila giliran sy berjumpa dengan pakcik polis yang baik hati, sy tinggalkan beg sandang sy keseorangan di meja.
Sekembalinya sy ke ruang menunggu (selepas berminit-minit di dalam pejabat), sy terperasan beg sy ditemani dua gadis tersebut. Baiknya mereka kerana tolong jaga beg sy. Tak dapat nak menghampiri beg, sy pun duduk di tempat asal mereka duduk. Kemudian, pakcik polis panggil sy lagi. Selesai bercakap (kali ni 10 saat jek), sy terus ke ruang menunggu lagi untuk mengambil beg. Sy tengok zipnya memang dah terbuka dan salah seorang gadis itu cepat2 mengalihkan tangan beliau sambil berkata dengan mimik muka yang menunjukkan beliau kecut perut, "Didnt know that it's ur bag.." Sy senyum tanpa berkata apa2. Malas nak besar2kan kes. Silap sendiri, tinggalkan beg sorang2.
Untuk kes yang ketiga, sebenarnya sy masih skalo ketika beg sy didampingi mereka. Hanya setelah sy ternampak pernyataan berikut di papan notis balai tersebut, baru sy agak tersentak. Dan terus sy tersenyum-senyum mengenangkan keskaloan sy. huhu.
"90% of crime is opportunist, do not give them the opportunity.
Secure your property."
Moral; insyaAllah, sy akan berusaha kurangkan skalo.. yeahh.. +)
6 pencelah:
wah..bertuahnya fuzah dah dengar cerita ni dulu dari mulut penulis..hohoho..
gud luck untuk placement...mental health setting sangat menyeronokkan!!! get the experience, semoga Allah permudahkan..inshaallah
Salam
apa kabar?
hehe. apa owh translation 'skalo'.
btw, experience is priceless.
Afiqah punya faveret quote, "I always learn the lesson the hardest way" -stuju ngan nya, atau dalam bahasa yang lebih familiar~ tarbiyah.
Allahu'alam.
Slamat berplacement!
(^_^)
salam wbt..
hehe.. Fuzah, jemaah OT memang btuah.. +)
hurm, x seseronok yg kte bygkan.. indah khabar dari rupa (setakat ni la).. harap bertambah ok.. insyaAllah, moga dipermudahkan-NYA urusan2 kita ni.. ameen..
wsalam wbt..
alhamdulillah, walaupun fizikal n mental sdikit tganggu.. huhu..
aok, btol3.. idup kan satu ujian.. dalam nak ujian, plu ada pndidikan (tarbiyyah)..
makseh.. selamat juak ntuk coursework kitak.. +)
puas menggoogle, tak dapat jugak cari maksud skalo. hmm.. misteri
fatih hilang..? huhuk.. terasa kehilangan jugak. dia part of kenangan masa kat cardiff..wuuu~ ;'(
k, menjaga diri! salam alayk
wsalam wbt..
huhu.. Kamel.. kte pun x tau nak translate, apatah lagi encik google tu.. +p
yup, insyaAllah.. moga Fatih selamat dalam jagaan tuan baru.. rasa bersalah sebab tak jaga beliau btol2..
chaiyokk2.. +)
Post a Comment