setiap hari yang agak terkejar-kejar

on Wednesday, April 29, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Pejam celik, dah 3 hari sy berplacement (baru sekejap je pun.. +p).. 3 hari jugalah sy memang tak merasa untuk duduk lama2 di klinik. Selalu kena ulang-alik dari klinik ke tempat2 lain. Nama pun placement di Community Mental Health kan, kenalah berlegar dalam komuniti yang terlibat.
setiap Rabu pukul 8.30 sehingga 9.30 pagi, ada peer support group di Witchurch Hospital. Budak2 OT dari tempat placement berbeza akan berkumpul dan membincangkan apa2 yang perlu dibincang. menarik jugak.
9.30 pagi pulak, ada perjumpaan MDT di klinik. merasalah sy terkejar-kejar dari hospital ke klinik. harus budget masa nak tunggu bas dan sebagainya. sebab itula, seorang staff di sini bagitahu yang selalunya mereka yang buat placement untuk komuniti memiliki transport sendiri. huhu. "I used to have my own transport, Fatih.. but, it's gone." jawab hati sy.
pukul 12 tengahari tadi, sy diperjumpakan dengan bakal client sy yang pertama. orangnya tampak baik, dan insyaAllah Selasa depan sy akan menemani beliau ke art therapy group dan Selasa minggu seterusnya menemani beliau ke Caradog House untuk menguruskan benefit yang baru diluluskan.
dari pukul 2 petang tadi, educator sy telah berjaya menempatkan sy untuk menyertai support group yang telah ditubuhkan sejak 7 tahun lalu. ahli2 kumpulan rata2nya adalah mereka yang didiagnosis dengan schizophrenia. hurm. nervous sebentar ketika pertama kali berjumpa (ini memang tabiat sy, harap dapat dikawal.. ameen). ada yang agak peramah, ada yang asyik jeling2 sy, ada yang memang pendiam etc. banyak ragam daripada 8 orang lelaki yang berbadan besar ini. huhu. tak mengapa kalau tak mesra, kan baru pertama kali berjumpa. mereka pulak dah 7 tahun saling mengenali, mesti agak terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak didiagnosis dengan masalah yang sama.
ada 2 orang support worker, seorang part-time OT dan sy sendiri dengan diiringi ahli2 kumpulan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di city centre. sy memang ikut2 jek, lagipun tak pasti samada sy akan join lagi Rabu depan. menarik, menemani mereka makan2 di restoran dan membeli-belah. merasa jugakla masuk kedai2 yang sy tak pernah jenguk pun. yang bertambah menariknya ialah sikap berbahasa ahli2 kumpulan. nak pergi tandas pun, mereka minta kebenaran. sy pulak naik segan apabila mereka yang lebih berumur daripada sy sopan2 belaka. +)
tujuan support group ini adalah untuk melibatkan ahli2 dalam aktiviti normal seperti yang dinyatakan untuk mengembalikan keyakinan mereka. mereka secara perlahan-lahan diserap semula ke dalam corak hidup bermasyarakat. dalam kumpulan ini, mereka berperanan untuk saling support antara satu sama lain. banyak lagi tujuannya, tak perlu dihuraikan kot.
sy dikhabarkan, memang banyak dah aktiviti dan tempat2 yang mereka pergi bersama. tengok wayang, picnic, etc. ke London pun pernah, dengan menyewa bas mini. comel giler. +)
sy berpisah dengan kumpulan tersebut pada pukul 4 petang dan terus bergegas membuat monthly pass untuk naik bas dengan kadar yang lebih menjimatkan; GBP 54, berbanding GBP 90. ok la kan? +)
baiklah, sy nak review balik kes bakal client sy. adiozz.

0 pencelah: