سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Assalammualaikum w.b.t
ke Tegfan. sy memilih untuk mengikuti aktiviti memasak dan ditakdirkan berjumpa lagi seorang pakcik semalam, Pakcik D. beliau sangat comel. +)
cara beliau memasak memang sangat mudah; potong segala sayuran yang dibekalkan, letak dalam periuk berisi air, tabur serbuk yang pelbagai, letak turkey steak yang dipotong sederhana besar dan panaskan segalanya. lama juga menunggu untuk siap masak. huhu.
setelah habis, Pakcik D bahagikan makanan dengan teman beliau, Bro F. Sy terpaksa menolak disebabkan kehadiran turkey itu. dipendekkan cerita, Bro F menolak untuk makan sebab taknak membasuh segala peralatan (sedangkan sy dah tolong basuh). mulala Pakcik D bersyarah pasal manusia di Somalia dan negara2 miskin yang lain yang tidak cukup makanan menyebabkan Bro F merasa bersalah tetapi tetap tak mahu makan. kasihan makanan itu, akhirnya terpaksa dibuang.
Bro F sempat bertanya pasal perkahwinan. beliau begitu teruja apabila mendapat tahu muslimin boleh berkahwin sehingga 4 orang, tetapi sy tetap menyatakan ia adalah bersyarat. bukannya senang2 nak kawen 4 wo.. panjang jugak perbualan kami berkisar hal ini, tetapi sy tak dapat nak jelaskan 100% sebab Pakcik D dan staff OT suka sangat menyampuk. adoii.
sebut pasal berkahwin ni, insyaAllah kakak sy akan melangsungkan perkahwinan summer ni (tunggu sy balik).. selain itu, ada seorang yang sy sayangi pun tengah berurusan tentang jodoh.
Ya Rabbi, betapa sy sangat mendoakan agar kedua-dua urusan yang baik itu dipermudahkan oleh-MU. ameen.
sebenarnya, sy teruja dan sangat bahagia mendengar tentang bab2 orang yang merancang untuk berkahwin, apatah lagi dalam masa terdekat demi menjaga ikhtilat, menjaga hati. terima kasih banyak2 kepada orang yang sy sayangi ni kerana sudi berkongsi berita bahagia ini. Dayang sayang kamu (pulak dah).. +p
dan, sy khabarkan kepada beliau akan pertambahan satu lagi ciri yang sy harapkan pada bakal suami. beliau approve tetapi beliau respon, semuanya berbalik kepada niat sy menginginkan ciri tersebut dan sy kena consider untuk jangka masa panjang. insyaAllah, sy pun akan consult dengan sang murabbi. setelah itu, semoga hati sy ditetapkan dengan pilihan tersebut. (ceh3, macam dah ada calon lak.. +p)
apapun, Jumaat ini sangat membahagiakan. syukurku pada-MU, Rabb. +)
0 pencelah:
Post a Comment