سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dah nak berakhir minggu kedua placement. memang banyak perkara baru yang berlaku setiap hari, senantiasa ada surprise.. huhu..
pagi, sistem PARIS sy memang diisytiharkan bermasalah dan insyaAllah, pihak yang bertanggungjawab kata esok akan setel. +) kemudian, home visit bersama educator.. bertemu seorang pakcik yang ada pemikiran bahawasanya nafas beliau akan tiba2 terhenti, ketagih merokok (sekarang berjaya dikurangkan kepada 25 batang sehari), dan lagi suka berada di atas katil (baring2 dan tidur).. sewaktu sesi borak2 tadi pun, beliau sekejap2 masuk ke bilik untuk baring2 dan keluar semula. kasihan sy melihat si isteri yang hampir stress dengan sikap suami. penyabarnya beliau, dan insyaAllah educator sy akan referkan si isteri kepada unit sokongan untuk carers.. +)
petang, sy menyertai aktiviti beryoga anjuran MIND di bangunan belakang Bethel Baptist Church. remark; boleh lah tahan. bersolat dan baca al-Quran lagi menenangkan dan menyegarkan.. +)
sebenarnya, dek kerana ada isu yoga di Msia menyebabkan sy tak interested sangat pun nak join. alhamdulillah, tiada mantera2 pelik pun yang dibaca. instructor sekadar memaklumkan nama2 setiap pergerakan dalam bahasa asalnya.
apapun, aktiviti seperti yoga ni kurang efektif bagi mereka yang kurang kreatif (sy la tu..+p).. sebabnya, ia banyak jugak melibatkan kita untuk berimaginasi. contoh; bayangkan anda sedang buat itu, buat ini, berada di situ, berada di sini.. huhu.. memang sy tak dapat nak bayangkan, sebab pada hakikatnya, minda sy masih mengatakan sy berada di bilik itu, bersama pakcik dan makcik2 serta instructor itu.
teringat sy kenangan sewaktu di Fatih (rumah), speaker pun bagi tips untuk merehatkan minda. kami disuruh tutup mata dan membayangkan hanya warna putih. apa yg sy dapat bayangkan, whiteboard dengan figur kakak sy di depannya. sebab,itulah antara gambar yang berunsurkan warna putih yang pernah sy tengok..
keseluruhannya, pergerakan yoga tiadalah berat sangat, mungkin kerana ia untuk beginner. sejujurnya, senaman asas untuk silat Gayung lagila berat, ada 16 asas senaman (ngeri bila memikirkannya.. +p)..
ps: kagum dengan semangat seorang nenek berumur 80 tahun (alhamdulillah, masih sehat walafiat), beliau lagi bersemangat daripada sy.. +)
ps2: apakah khabar anak2 Gayung? Nurul, Kim dan Syara.. Fer pun sama.. aduhai, Gayung sangat best.. namun sy terpaksa quit sebab tiada pasangan perempuan untuk berlatih (nama2 muslimah di atas telah mengeluarkan diri secara berperingkat.. sedeyh2)..
ps 3: kesimpulannya, badan sy semakin penat lepas beryoga.. mungkinkah kerana sy tak dapat nak menyebatikan diri dengan unsur2 bumi seperti yang diarahkan instructor? huhu..
baiklah, berjihad untuk habiskan nasi + telur + sardin.. +)
2 pencelah:
hehe.. sian kak dayang.. tula.. awat x join kami.. Silat CEKAK HAnaFi.. hehe.. pepePun SILAT mmg BEST!!!! Muscle2 kita pun ter'wasting' sbb lme x gune huhuhu.. NAK BERSilaT!!.. Go SilAT!! (>_<)/
salam wbt..
btol3.. silat sangat best, walau lepas latihan mulala kaki meragam..
huhu.. kepuasan yang sukar digambarkan.. +)
ps: Syara boleh mulakan di Dublin tu.. chaiyokkk..
Post a Comment