ke Penarth

on Wednesday, May 6, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

hurm. pagi ni, sy ponteng MDT meeting sebab sy rasakan sy tiada keperluan untuk menghadirinya (suka-suki jek). dan, masa itu sy gunakan untuk mentelaah kes Bro S dan Pakcik M. kemudian, menaip laporan mereka dalam sistem PARIS. sistem ni mungkin korup, tak membenarkan sy save kan kerja. lantas, semuanya tergendala. tak mengapa, insyaAllah sambung esok.

sy mengikuti group support yang sama Rabu lepas. tengahari ni, kami bertolak ke Penarth dengan menaiki keretapi. sampai di Penarth, mereka singgah makan di suatu tempat yang sy pun tak pasti adakah itu bar ataupun tidak. sy pun terpaksa berlalu mencari tempat solat yang lebih sesuai.

sekembalinya ke dalam kumpulan, entah bagaimana sy dan support worker wanita itu mula berborak tentang agama. beliau mempromosikan tentang agama Kristian dengan baik sekali. sy pulak, dapat menyampuk sekejap cuma. sy tak berani nak explain lebih2, kang tersalah explain. huhu. (itulah, waktu MOC sy x fokus sangat bab2 gini..salah sendiri). apa yang sy kagum, beliau memang begitu handal mengekspreskan kecintaan beliau kepada Christianity. teringat sy akan ajakan beliau untuk sy menyaksikan program pembaptisan di Woodville Baptist Church Ahad lepas. hebatlah syiar yang beliau lakukan.

perbualan terhenti. kumpulan kami bergerak ke persisiran lautan. SUBHANALLAH. hilang segala kepenatan kembara sebentar tadi (lama2, boleyh kurus sebab asyik berulang-alik).


dalam perjalanan.. sy suka tengok bunga2 putih ni, umpama ketulan2 salji yang melata di sana-sini..


sebahagian daripada mereka..

ketika perjalanan pulang, wanita itu memulakan lagi perbualan yang tertangguh. sy ketika itu dah tersengguk-sengguk, menahan kantuk. sy bukannya tidak berapa mahu melayan beliau, namun sy memang tak berapa terasa nak melayan orang yang memprovok. beliau banyak mengetahui pasal Islam, cuma saja nak menguji sy barangkali. wallahualam.
(xda mood nak cerita apa yang beliau tanyakan.......... sy nak p masak ikan jap)
ps: kesimpulannya, hari ini kurang sikit umpphh nya.. ahli2 kumpulan masih belum ok dengan sy + provokasi yang sy terpaksa telan mulai hari ini sehingga tamat placement kerana insyaAllah, sy memang perlu menghadap wanita itu setiap hari (beliau duduk di hadapan sy, pusing kiri terus dapat tengok muka sy).. dan, beliau akan bersara sehari sebelum sy menamatkan placement sy. insyaAllah, moga kami tamat dengan jayanya.. ameen..

3 pencelah:

Anonymous said...

kat mana penarth ni?

muhriz rahmat said...

Hati-hati dengan kesungguhan orang yang tersalah pemikiran. Rasa seronoknya itu mampu menarik hati mereka yang lalai.

niesa.imana said...

salam wbt..

kak Madihah, Penarth ni dalam kawasan Wales gak.. luar sikit jek daripada kampung Cardiff.. +)

akhi Muhriz Rahmat, insyaAllah.. terima kaseh atas peringatan.. sy pun dah rasa lain macam pabila berdepan dengan beliau.. mintak dijauhkan daripada perkara2 yang tak diingini.. ameen..