Papa Chew deng.. +)

on Sunday, May 3, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t


minggu yang mencabar. dan ia sebagai persediaan untuk minggu2 yang lebih mencabar. mencabar fizikal jua mental. sebagai satu usaha mengurangkan sedikit level tensi, hari ini sy pun luangkan sedikit masa dengan keluarga ustaz Anuar dan sudah semestinya, dengan sr OT yakni Mahfuzah.

alhamdulillah, yang patah kan tumbuh. yang hilang kan berganti. memang kumbang bukannya seekor dan orang kata yang seekor itulah istimewa. tapi, sy pulak kata, pengganti kumbang itu samada tetap istimewa dengan cara tersendiri ataupun insyaAllah lebih istimewa. terpulang kepada diri sendiri untuk memberikan peluang dan ruang kepada yang baru hadir dalam hidup. +)

huhu. parut kehilangan Fatih masih berbekas. namun, kehadiran Imanina tidak wajar dipersiakan. terima kasih banyak2 sy ucapkan kepada sr OT di atas penghargaan beliau kepada sy untuk menjaga Imanina. +) (belum mengambil gambar Imanina)

fitrah manusia, selalunya suka membanding-bezakan. sy hampir berbuat perkara yang sama, iaitu membandingkan Fatih dan Imanina. kasihan, mereka tidak bersalah. perbuatan ini mengingatkan sy akan tutorial bersama Puan K di KYUEM dahulu. beliau selalu membezakan kumpulan kami dengan kumpulan tutorial beliau yang terdahulu, iaitu snior2 yang sudah tamat belajar.

kami kumpulan yang sederhana, biasa2 sahaja. insyaAllah, semuanya bakal guru. kumpulan yang dulu pulak kesemuanya terdiri daripada bakal doktor, kecuali seorang yang mengambil jurusan perakaunan. mereka sememangnya dilabelkan sebagai orang yang mantap2, hebat2, etc apabila Puan K ingin menyebut tentang mereka. kami? kebanyakannya agak negatif.

sesetengah orang kalau dicabar samada akan menguatkan mereka ataupun melemahkan mereka. sukar hendak dijangka. kami? semakin dinegatifkan, semakin kami menjauhkan diri kami daripada Puan K. semakin kurang dan akhirnya semakin tiada gelak tawa kami ketika tutorial. Petang Jumaat bukan lagi waktu untuk berkongsi cerita dan masalah dengan tutor, tetapi bertukar menjadi waktu untuk memencilkan diri dan memendamkan perasaan.

dan, selalu juga kami menyalahkan Puan K kerana suka membandingkan kami dengan tutorial terdahulu. alasan kami, setiap orang memang tak sama. mereka lain, kami lain.

sejujurnya, betapa ruginya kami kerana tidak mengambil peluang mendekatkan diri dengan Puan K, seorang yang pakar psikologi, lidah petah dengan loghat Inggeris, pernah menjadi speech therapist. pendek kata, memang seorang yang hebat. huhu. biarlah, sudah kami hulurkan permohonan maaf kepada beliau yang telah berpindah ke Jeddah.

pengganti beliau, seorang wanita Cina. Miss X (x ingat nama.. teruknya sy). kami rupanya terbuat perkara yang sama. kami membandingkan Puan K dengan Miss X dan membuat kesimpulan bahawasanya kami lebih sukakan Puan K daripada Miss X (ini namanya x reti nak bersyukur, menghargai apa yang ada.. maseyh jugak nak mengejar yang telah tiada di sisi).

akhirnya, Miss X juga meninggalkan kami. kami mula berhati-hati untuk tidak mengharapkan tutor baru yang terlampau hebat daripada expectation kami. dan, Papa Chew hero baru kami. seorang yang sangat sy senangi. beliau bekas pelatih kepada guru2. mungkin atas faktor ini, beliau serasi dengan kami yang bakal2 guru. +)

Papa Chew dan sy, peace.. +)

sy dan beberapa muslimah selalu menumpangi Papa Chew ke Tanjung Malim ataupun Rawang. hihi. beliau selalu mengalah dengan anak2 tutorial yang sebahagiannya mula besar kepala. apa yang kurang sy senangi ialah, terdapat beberapa adik2 tutorial yang ambil kesempatan atas ketidak tegasan Papa Chew. mereka mula rajin ponteng tutorial sedangkan sewaktu zaman Puan K, berkentut pun tak berani (contoh kurang elok.. +p) kalau anda boleh duduk diam sewaktu Puan K yang memerintah, anda sepatutnya berbuat perkara yang sama ketika Papa Chew mendidik. jangan double standard.

sy sangat suka mengusik Papa Chew. hehe. beliau tidak pernah nak kecik ati dengan sy. rindu nak borak2 dengan beliau. semakin sy rapat dengan orang, semakin sy suka mengusik orang. sebab kadang2 walau baru kenal pun sy suka mengusik orang (kecuali di YM, sebab ia emotionless dan sy tak reti sangat guna emoticon2 untuk menggambarkan perasaan sy). tapi, sy harus menilai semula pendekatan ini kerana mungkin sahaja orang yang sy anggap rapat dan tahu tentang sy sebenarnya langsung tak kenal sy. huhu. redho~

ps: Fuzahhhhh.. terima kasih yang tak terhingga. hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasamu. semoga urusan yang berbaki sebelum cuti akan dapat diuruskan dengan bekalan rahmat daripada-NYA. insyaAllah, kita sama2 berdoa kerana ia adalah tingkat usaha yang tertinggi dan doa orang yang pemurah seperti Fuzah tidak akan disia-siakan. kerana, mujahadah itu bermula dengan pengorbanan harta yang dapat mensucikan jiwa. ameen. +)
ps 2: muslimah lagi mudah berkorban? sy tak berani nak generalisekan kerana contoh pun secotet untuk menunjukkan sesetengah muslimah eager berkorban berbanding sesetengah muslimin. +p
ps 3: bersyukur dan hargai apa yang kita miliki sekarang dan yang telah lepas, juga yang akan datang. namun, urusan yang akan datang (kecuali persediaan untuk mati) jangan dirisaukan sangat kerana ia tertakluk dalam pengetahuan-NYA.
ps 4: tiba2 sy terindu akak2 MSM yang rajin mendidik dan membimbing sy dan sahabat2 yang lain. Fatih? huhu. itu tanda ingatan sy kepada Fatih (rumah) mereka.
ps 5: sy tak berani nak lelapkan mata, takut terlajak tidur kerana sebentar lagi (dalam beberapa jam) akan ada urusan yang perlu diselesaikan.
ps 6: elakkan expect lebih2 daripada sesuatu yang kita langsung tak dapat nak jangka, takut2 kita akan mudah nak terkecewa di kemudian hari.
apapun, semoga hari2 yang mendatang diberkati-NYA dan semoga diri kita diperkuatkan untuk mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. insyaAllah. ameen.

2 pencelah:

baby doctor said...

salam alayk,

i like the peringatan~! :)

p/s: banyaknye ps. ;P

niesa.imana said...

wsalam wbt..

tengkiuk3.. hehe.. +p