سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
pagi2 memang sy agak sunyi. sy selalunya datang pada pukul 8.30 pagi walaupun diberi kebenaran datang pukul 9 pagi. hal ini kerana sy perlu mencukupkan hours of placement sy kali ini, 225 jam dan minimum yang kena dapat adalah 80% daripada jumlah tersebut.
educator sy datang pada pukul 10.30 pagi. banyak jugak aktiviti yang berfaedah dan tidak berfaedah yang sy lakukan sementara menunggu educator selama 2 jam tersebut. sekejap2 baca buku pasal mental health sehingga rasa simptom2 nya macam kena mengena je dengan sy, review pasal patients, masuk tandas, berinternet baca emel, tertidur dalam keadaan duduk etc.
kedatangan educator selalu menandakan adanya home visit yang perlu dibuat. kali ini, seorang makcik yang depress dan selalu cemas. nada percakapan beliau mendatar dan sukar untuk mengesan emosi yang disembunyikan. hanya apabila disentuh tentang cucu2 beliau terutamanya, beliau akan riang dan gembira.
amat mudah untuk hilang fokus dan termengantuk ketika mendengar orang borak2 sebab perbualan tersebuat adalah tidak berkesan kerana sy langsung tidak terlibat. sy hanya observe client jek. huhu. sy bukannya seorang ahli psikologi yang memang expert meng observe tanpa borak2 dengan client. kesimpulannya, sy berjuang giler untuk tidak termengantuk. siap gigit2 jari lagi. lagipun, semalam sy tidur agak lewat iaitu pukul 4 pagi alang2 menunggu Subuh. sebelumnya, sy diprovokkan dengan soalan2 berkenaan jemaah dan sy rasa terpanggil untuk menjelaskan soalan2 beliau menurut apa yang sy tahu. +)
petang tadi, sy mengikut educator ke nursing home care untuk berjumpa pakcik M. beliau mempunyai kadar anxiety yang berlebihan dan beliau berhasrat untuk dikeluarkan dari home care tersebut kerana kurang dapat menyesuaikan diri dengan penghuni2 lain iaitu orang2 tua yang berusia 80 tahun ke atas, sedangkan beliau masih berumur lebih kurang 64 tahun.
namun, yang menjadi penghalang beliau untuk mohon dikeluarkan adalah perasaan cemas melampau ketika berseorangan. maka, sy dan part-time OT membuat sedikit latihan dengan pakcik M. kami bergerak ke sebuah cafe yang agak jauh dari nursing home itu. setelah borak2 dan minum2 (sy pulak lebih2 nak makan jacket potatoes), kami pun bertindak. part-time OT berlalu pergi dari cafe dengan diselangi beberapa minit untuk diikuti pakcik M. setelah agak jauh pakcik M berjalan sorang2, sy pulak mengekori dari belakang. hehe. macam detektif lak. +)
mengekori pakcik M
latihan tadi agak berjaya, pakcik M lagi hebat daripada sy kerana sy memang betul2 kena ekori beliau sebab sy tak tahu jalan. huhu. insyaAllah, latihan ini akan diteruskan selama 4-6 minggu akan datang (2 kali seminggu) ke kawasan2 lain pulak sehinggalah pakcik M betul2 yakin untuk keluar berseorangan.
ps: minggu ni asyik berjalan dan berlari dalam hujan. ada tanda2 nak demam. alhamdulillah, kafarah dosa yang melambak. +)
0 pencelah:
Post a Comment