ditinggalkan..

on Monday, June 29, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

sy tengok balik post2 bahasa Sawak, xdalah teruk mana bahasa asli sy tu.. +)
abang sy pernah habaq sy bercakap dah tak bunyi 100% Sawak, tu la sy kena asah balik lidah Sawak.. WAJIB, sebab xnak keturunan sy tak reti bahasa ni.. maka, perlu la kan sy cari suami dari kawasan pedalaman Sawak.. best tau, sebab kebanyakan mereka reti berkebun.. tak perlu susah-payah sangat nak beli barang kat pasar.. Jimat3.. +)

abang ipar (Bg Dahari) kena transfer ke Simanggang (Sri Aman) dan baru berangkat petang tadi.. kasihan pulak sy tengok kakak dan anak kecil mereka Damia di bawah payung ketika hujan, menghantar pemergian Bg Dahari.. dorang ok jek, mak pulak yang sedeyh sket sebab risaukan Damia (risau Damia rindukan ayah).. ilek2, Damia baru je 7 bulan.. budak sekecik ni dah boleyh perasan ke yang orang2 tertentu tiada di sisi? mungkin.. huhu.. xpela, ini kerana urusan kerja, sesuatu yang tak dapat dielakkan.. lagipun, Kuching ke Simanggang hanya mengambil masa 3 jam.. kalau ada rezki, boleyhlah ulang-alik setiap minggu..

teringat sy perkara yang ditimbulkan oleh somebody tentang salah faham sesetengah orang terhadap jemaah tabligh (lebeyh kurang).. "Sesetengah manusia ni, kalau dengan jemaah tabligh mereka mudah nak kritik kerana meninggalkan anak isteri berbulan lamanya sebab keluar berdakwah, tapi kenapa kalau suami2 meninggalkan anak isteri atas urusan kerja dengan kadar masa yang sama (outstation, kena transfer, urusan duniawi etc..), tiada pulak orang nak kutuk?"

kenapa ek? atas urusan agama, dikatakan tidak berbaloi meninggalkan keluarga.. untuk urusan menambahkan harta dunia, diberi pujian dan galakan.. sy tak faham mungkin kerana sy belum mengalaminya.. ya, mungkin..

ini blog sr OT sy.. huhu.. persoalan menarik yang beliau timbulkan.. +) http://mahfuzah98.blogspot.com/2009/06/dia-di-hati.html

sy teliti balik perkahwinan kakak2 dan abang2, memang mereka semua ada sejarah perpisahan sementara dengan pasangan masing2.. semuanya atas urusan kerja.. syukurlah tak berapa jauh, kalau dari Kuching ke Bintulu pun ambik masa lebeyh kurang 12 jam jek kalo drive tak laju dan banyak berhenti.. (anyway, Sawak ni takdak la perhentian2 yang canggih macam kat Semenanjung.. kiri kanan banyak hutan, siap kena naik feri area Sibu.. kawasan yang bertol kalo x silap sy pun ada satu jek, kat Kuching.. itu semua dulu la, x tau la sekarang ni cmner.. majulah Sawak dalam Msia) dan yang paling jauh pun Bg Dil dengan kakak ipar sy, kak Sal yang dok di Sabah.. anak pun dah agak besar, nak dekat setahun..

hurm.. setiap perkara insyaAllah ada hikmahnya.. untuk kali ni, walaupun kakak dan Damia pasti merindui Bg Dahari, kebaikannya bagi sy adalah berkurangnya seorang abang ipar di rumah.. +) ye la, aurat still kena jaga.. dan, kepanasan global sangat dirasakan di rumah sy (kena jenguk rumah sy ntuk memahami).. huhu.. (teruknya ada adik ipar macam ni).. xpela, sebagai gantinya sy kena lebeyhkan masa bersama Damia.. Damia, bertabahlah (Akma suka pakei ayat tok)..

dan kalau dah atas urusan duniawi pun kita sanggup melepaskan sementara orang yang dikasihi (salu kalau dalam drama2 Melayu, anak2 muda meninggalkan keluarga/pasangan demi mengejar cita2) apalah sangat kalau ia adalah atas urusan perjuangan agama.. insyaAllah, kita sentiasa fikirkan kebaikan yang dilimpahkan-NYA.. seperti pemindahan tempat kerja abang ipar sy bawa kebaikan kepada sy, (ada kena mengena tak? kalo boleyh, sy nak semua abang ipar sy kena transfer jauh sket.. kejamnya diriku.. huhu) insyaAllah begitulah pemergian orang yang dikasihi atas urusan agama, akan membawa kebaikan kepada lebih ramai manusia di luar sana.. dia selamanya bukan milik kita, namun kekal milik-NYA demi kebaikan ummah.. bergembiralah anda sekiranya punya pasangan sebegitu.. (lagipun, bosan ah asyik kena tengok muka pasangan.. haha.. jangan marah, sy belum faham sangat psikologi orang2 yang dah kawen ni.. dan orang yang tak faham memang susah nak faham sebelum betul2 mengalaminya.. +p)

sy mendoakan ketabahan kakak dan Damia.. ameen.. insyaAllah, mencari rezki demi keluarga tercinta pun dalam senarai urusan agama.. +)
wallahualam..

0 pencelah: