siapa2 pun

on Monday, July 6, 2009

سم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, urusan IC selesai tanpa perlu membayar walau satu sen pun dan insyaAllah, akan siap dalam masa sebulan. Esei masih dalam 500 perkataan, berbaki 2500 lagi.. chaiyokk Jiah..


Belek2 fail, terjumpa gambar ketika di Matriks Labuan dulu. Gambar geng2 UBK (Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya).



Banyak benda yang sy belajar sepanjang menyertai UBK ni. Dulu, sy dipertanggungjawabkan sebagai ketua Biro Informasi dan Publisiti. Aktiviti pertama biro sy sekaligus sebagai aktiviti pertama UBK adalah menjual bookmark sebanyak 970 keping. Nightmare gak ketika menjual sebabnya kalau ikut hati sy, sy sendiri tak nak beli bookmark yang lembik tu, sangat nipis. Tapi permintaan daripada senior tetap diusahakan dengan sehabis daya. Alhamdulillah, penjualan bookmark berjaya. Huhu.


Antara cabaran yang ada ketika di matriks, penggunaan alatan teknologi canggih seperti laptop adalah minimum dan hanya sebilangan kecil yang memilikinya. Makmal komputer pula penuh dengan komputer yang tak dapat digunakan dan sistem internet hanya berfungsi pada beberapa komputer bertuah. Huhu. Suatu realiti yang telah lama ditinggalkan. Waktu buat kerja2 biro untuk UBK, memang hampir 100% manual.


UBK ni adalah satu2nya organisasi swasta di matriks, tidak seperti MPP dan badan surau yang sering mendapat bantuan daripada pihak pengurusan matriks. pengarah ko-kurikulum pun sering mencari kesalahan kami sebab dikatakan, beliau sebenarnya tak nak UBK yang swasta digunakan untuk mendapat kuota 10% untuk kokurikulum.. alhamdulillah kami berjaya survive. +)


Apa yang paling sy sukakan adalah bagaimana kami yang pelbagai latar belakang ni dapat disatukan oleh Pengerusi kami. Kami tidak tahu apa2 tentang konsep taat kepada pemimpin, tapi alhamdulillah segala projek yang dikendalikan oleh Pengerusi kami tetap berjalan lancar. Sy suka bekerja untuk beliau kerana beliau seorang yang yakin dan percaya pada kami.


Itu adalah sikap yang memang digemari oleh orang2 bawahan, macam sy.. huhu.. konsep ‘sy dengar, dan sy taat’ digunapakai ketika sy berurusan dengan pemimpin sebegitu, yang memang layak memperolehinya. Kalau tak, sy memang akan banyak kerenah sehingga kadang2 menolak untuk memberikan kerjasama. Kerana bagi sy, mereka mungkin hanya pandai mengarah dan bukannya menyampaikan amanah dan tanggungjawab.


Pemimpin ni berperanan seperti daie, iaitu menyampaikan. Dalam nak menjadi seorang penyampai yang baik, fleksibiliti adalah salah satu daripada banyak cara untuk menjadikan penyampaian itu berkesan. Pemimpin tidak sewajarnya hanya menuntut untuk difahami, pemimpin harus juga menyelami diri mereka yang dipimpin. Perlu difahami bahawa memahami orang2 bawahan tidaklah bermaksud pemimpin perlu menuruti segala kehendak mereka..


Selain itu, kami juga kurang agenda high-comm dalam barisan high-committee.. maksudnya, hampir kesemua perkara kami kongsikan bersama. bukannya hanya orang2 berportfolio teratas sahaja yang layak mengetahui sesuatu benda dan tiada yang berlabel pemantau semata-mata.. Bergelak ketawa tetap ada, kerana itu adalah rencah kehidupan manusia biasa seperti kami..


Alhamdulillah, aktiviti yang UBK anjurkan memang mendapat sambutan meskipun selalunya para peserta perlu membayar wang untuk menyertainya (kebanyakan aktiviti daripada persatuan2 lain adalah percuma).. Mungkin kerana kami tidak terlalu rigid, mahupun skema. Ya, mungkin.


sy teringat ketika projek 'Merdeka Race', ke 'Explore Merdeka' (tak ingat nama). yang penting, ia sempena hari merdeka, di mana kami berjaya mencari dan mengumpulkan 10 pasukan (5 orang setiap pasukan) dalam masa 2 hari sahaja tempoh promosi yang dibenarkan oleyh pihak kolej. hanya 2 pasukan mendaftar pada hari pertama dan disebabkan dah terlampau desperate, pada hari keduanya sy dan beberapa orang UBK menjaja (promote) projek ini kepada sesiapa sahaja yang tengah breakfast di kafe berhampiran.. ini bukannya kerana nak pentingkan kuantiti berbanding kualiti, tapi dah memang projek ni terbuka untuk semua pelajar.. huhu.. alhamdulillah, pengalaman sebagai promoter jalanan memang bertambah bila masuk UBK (kat sekolah, sy antara promoter jalanan untuk PUM, Persatuan Usahawan Muda..) +)


Antara projek raksasa datangnya daripada Biro Sukan dan Kebudayaan, di mana perancangan asal adalah melibatkan keseluruhan pelajar matriks berdasarkan kumpulan tutorial (dikenali sebagai kumpulan mentor-mentee). Takdir-NYA, kami hanya dapat melaksanakan 2/3 daripada pelan asal untuk 80 kumpulan tutorial yang melibatkan lebeyh kurang 1600 pelajar. projek untuk 40 lagi kumpulan dibatalkan kerana tiadanya peruntukan yang telah awal2 dijanjikan oleyh pihak kolej.


Apapun, seronok sangat ketika bekerja bersama mereka. Ketika itu, kami jarang diperingatkan pasal menunaikan amanah, tetapi kami sanggup juga berjaga tika malam meyiapkan segala urusan. Huhu.. sejujurnya, pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang adalah suatu perkara biasa yang berlaku dalam hidup setiap orang, dalam situasi yang berbeza.


Sebab itulah, sy agak terkilan pabila mereka yang faham tentang perjuangan agama dan banyak terlibat dengan program2 yang islamik mula membanding bezakan diri mereka dengan orang2 yang secara kasarnya sedang berehat ataupun bersantai di mata mereka. Mula merasakan hanya mereka yang benar2 berkorban dan benar2 berjuang demi agama. Hanya mereka yang bermanfaat kepada masyarakat. Apakah orang2 lain yang sebenarnya ketika itu mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk membahagiakan ibubapa terpisah dari agama? Bagaimana pula dengan mereka yang giat menambah ilmu untuk menyebarkannya, adakah tidak bermanfaat kepada orang lain? Dan, ada seribu satu lagi situasi yang mungkin kita tidak mampu untuk membayangkan pun.


Kita boleh lihat banyak program yang dijalankan oleh mereka yang mungkin kurang memahami Islam. Program2 itu banyak membuka ruang untuk pergaulan bebas, tak ketinggalan ada juga program2 mereka yang bermanfaat kepada masyarakat.. Mereka juga bersengkang mata memerah tenaga, mengorbankan masa bersama famili, mencari dana di sana sini.. Lantas, kenapa harus orang yang berjihad demi Islam tidak mahu mencontohi semangat yang sama? Dan tidak sewenang-wenangnya mengeluh mengatakan hanya mereka yang sanggup berkorban.


hurm~ entah di mana silapnya.. apapun, seperti kata2 Stephen R.Covey, "Seek first to understand, then to be understood.." dan ia adalah applicable untuk mana2 pihak..


Perlu diingat, pabila kita mula merasakan diri kitalah yang sentiasa betul dan hanya kitalah yang terbaik, di situlah sifat2 mazmumah boleyh terukir dan semakin terujalah iblis menggoda kita..


Wallahualam..

0 pencelah: