pembantu rumah

on Monday, July 21, 2008

salam...


setiap perkara memang menuntut sikap berhati-hati... dahulu, kita selalu dihebohkan dengan penderaan majikan ke atas pembantu rumahnya.. masuk news, masuk mahkamah, tuntut pampasan..
sikap para pembantu rumah pula jarang dikecohkan... kenapa yer??
antara situasi umum yang melibatkan sikap negatif sesetengah pembantu rumah ialah penculikan anak2 majikan.. kes kecurian pun adalah lumrah biasa..

apa yang teman nak share pulak ialah antara apa yang pernah dialami oleh mereka yang teman kenal..semuanya hanya sebagai ingatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna kepada mereka yang beriman..

*sorang pembantu rumah ni dah nak balik ke tanah airnya untuk bercuti.. die kata kat majikannya, die nak buat kek untuk familinya.. sibukla majikannya beli bahan2 dan tolong2 apa yang patut.. on da day die nak balik dan pabila on da way ke airport, pembantu ni baru teringat yang die lupa nak bawa kek tuh, tertinggal kat rumah tuannya.. majikan die pun pujuk3 dan belikan kek baru untuknya.. pabila si majikan balik dan teringin nak merasa kek buatan amahnya, terkejut sangat die pabila tengok banyak barang kemas yang hilang terlonggok dalam kek itu..

*ni sorang sahabat yang cerita, kat rumah die, yang sibuk kat dapur adalah neneknya, pembantu mereka pulak dok sibuk berehat kat luar..hurm..

*lagi kes sahabat; mak die amatla baik bebenor kat pembantu mereka, sampaikan si pembantu tu berani nak main pijak2 kepala pulak.. adik die adala gaduh sikit dengan pembantu tu, dan pembantu tu respon," kau bagitaula kat mak kau.. aku tak takut.. bagitaula!!!"

*ni kes biasa je la, tapi kat belakang kita ni, pembantu rumah yang tak beretika boleh dengan senang2 nya mengumpat diri kita, menjaja perihal peribadi keluarga kepada orang lain..

*ni pun biasa jugak, kat rumah teman.. pembantu rumah kitorang ni memang okay dan pandai buat kerja tapi sangat gilakan tv.. time petang2 mesti tengok sinetron dengan drama mexico.. crita ' anakku bukan anakku' dengan ' marina'.. itu yang wajib.. lain2 waktu tengok jugak esp rancangan yang berbentuk hiburan dan reality gameshow: jangan lupa lirik, bolos, konsert2... sampaikan famili teman pun suka tengok apa yang die tengok..

*kita kena selalu check cara mereka bekerja, bukan nak menyibuk tapi bukankah "mencegah lebih baik dari merawat??".. kena pesan supaya cuci tangan sebelum memasak or apa2 je la.. takut2 kena penyakit yang berpunca dari kekotoran.. ye la, mereka memang jarang kena penyakit sebab dah diberi imunisasi (esp yang berasal dari Indonesia).. kiranya ada ketahanan dalam badan la ni..

*selalunya, kalau kat rumah teman..orang rumah teman memang tak menegur secara terang2 kalau pembantu buat salah, takut2 die berdendam ke.. nanti lain pulak jadinya..

*anak2 selalunya rapat dengan pembantu rumah.. anak2 saudara teman sendiri hanya dapat tidur kalau pembantu yang dodoikan, hanya mahu mendengar arahan2 pembantu..

apa2 pun, teman tak nak panjang2kan sangat, takut nanti seolah-olah mencari kesalahan dorang pulak..
memang takda salahnya pekerjaan mereka sebagai pembantu rumah, bahkan ianya lebih baik daripada buat pekerjaan yang tak mendatangkan berkat @ haram..

tapi, kita kenala bijak memilih pembantu, juga bagila mereka sedikit kebebasan dan peliharalah hak2 mereka sebagai manusia.. rajin2kan diri untuk membantu mereka kalau kerja kat rumah tu berlambak.. takut nanti dorang tensi pulak.. memang kena elakkan dari menyerahkan secara bulat2 urusan rumah kepada dorang.. bukannya nak berburuk sangka, tapi kita harus berwaspada.. lagi satu, kalau dapat, janganlah dibiarkan sangat anak2 rapat dengan pembantu..biarlah kita sendiri yang menguruskan hal ehwal anak2 dan pembantu pulak membuat kerja2 rumah.. okies??