salam..
sepanjang cuti yang ada ni, teman dah agak berjinak-jinak dengan slot ' prima klasik' di saluran 105..
seronok pabila tengok cerita melayu lama~kaler hitam putih, dapatla kita tengok2 gelagat masyarakat dulu2.. +)
banyak sangat dah cerita yang teman tengok, nak listkan?? memang tak terkata.. huhu..
dorang punya hero dan heroin memang lawa2 gitu.. seniwati: Sarimah, Zaiton dll... seniman: mestila P.Ramlee, Kuswadinata, Jins Shamsudin dll...
Tapi zaman dah berubah, dunia dah maju... mungkin ramai muda-mudi yang tak minat dengan cerita2 lapuk sebegitu.. anyway, manada lapuk, best tau.. kalo yang lucu, tengok berulang kali pun masih nak gelak.. +)
kalo yang sedih pulak, faham2 je la..
pelakon2 wanitanya memang seksi; muka cantik, badan lawa, pinggang ramping.....hurm... teman pernah terbaca dalam suatu majalah, seorang pensyarah ni kata kalau zaman dulu2 (zaman cerita hitam putih), perempuan memang amat sikit yang bertudung, tapi mereka tetap menunaikan ibadah2 khusus dan berperilaku sopan santun.. kalau sekarang, ramai yang bertudung itula yang menjatuhkan maruah perempuan (maaf, ini kebenaran..)
oppss..lari sedikit daripada apa yang nak disampaikan..
actually, itula keseronokan zaman muda yang penuh glamer... kalau tengok sekarang, pelakon2 yang pernah menjadi pujaan dan digilai ramai sedang meniti usia tua.. ada yang tak sempat, sudah kembali kepada-NYA..
jadi, apala yang mereka dapat hasil menonjolkan kecantikan mereka?? ada yang merempat, ada yang masih berlakon, yang bernasib baik still mendapat tempat di kalangan masyarakat dan mendapat hidayah-NYA.. insyaAllah..
kecantikan dan glamer tu tak kekal, semakin hari usia bertambah, semakin kita menghampiri kematian..kita takda upaya untuk mengembalikan masa yang telah berlalu.. nak bedah plastik, tetap takda faedahnya.. still jugak nampak tua.. dan, tidakkah kita takut kalau2 kita kembali kepada-NYA dalam keadaan tengah berseronok??
"orang muda yang bodoh adalah orang muda yang fikir kematian hanyalah untuk orang tua.."
mudah-mudahan kita sempat memperbaiki iman dan amal kita sebelum dicabut nyawa kita.. amin...
putaran kehidupan... kita takkan selamanya di atas... gunakan peluang usia muda ni untuk berjihad ke jalan-NYA... nak tunggu bila lagi?? kalau dah kawin, kita akan sibuk dengan urusan rumah tangga, kalu dah tua, kita mungkin sibuk dengan pelbagai penyakit..... jadi, sekaranglah masanya...
Allah S.W.T akan membantu hamba2-NYA yang berusaha memperbaiki amalan mereka.. insyaAllah.. +)