Salam...
Pagi tadi, aku terima mesej dari sumone, " Slm. Fuh, dh cnfrm x leh fly..waa..xpe2 ad hkmhnya.."
terkedu jugak pabila mmbacanya... tiba2, rasa sedih.. terbayang macam2 di fikiran, adakah doa ku dan teman2 yang lain x cukup untuk mmbantu mereka? kenapa KPM kejam sangat x bagi mereka pergi? dan, yg paling aku terpikir, adakah aku sebenarnya lebih layak daripada mereka untuk fly ke UK?
memang menangis pun, apatah lagi bila kuingat balik memori kat KYUEM dgn sumone nih.. die panggil aku kakak, sbb die memang muda pun.. hurm.. aku rasa bersalah pulak, macam seolah-olah aku rampas tuah die untuk fly.. dulu, sewaktu aku dok dekat common room untuk mmbuang masa; main games, download comics, brblogging, baca buku2 yg non-academic, adikku ini setia di biliknya untuk mngulangkaji.. sampai kadang2 aku takut tengok die study sbb kurasakan usaha ku langsung x setanding dirinya.. memang banyak yang baik2 yang boleh kukatakan tentangnya yang pada pandanganku melayakkan dirinya melebihi diriku untuk fly.. sewaktu ku emel cik Sharifah Ratina, ejen biasiswa KPM pun kunyatakan ciri2 pelajar cemerlang yang ada pada die dan betapa die lebih rajin dan layak berbanding aku...
waahh..layakkah aku??
selain adikku ini, sorang lagi yg bermain di ingatanku..bnyk kelas kami yang sama..mungkin smua kelas sama kecuali Msian Studies dgn ICT.. itu jek..kami pun memohon uni yang sama dgn course yg sama dan hall pun sama..!! masih kuingat, kalau dalam kelas esp Chem yg paling x kuminat (tp aku syg cikgu Hanson)..kami masing2 saling memberi semangat apatah lagi kalau lepas aku dpt paper yg tertera gred yg amat2 teruk.. die akan kata," aku tau kau boleh, kau macam hero Hindustan..mula2 kalah, teruk tp last2 mesti dapat punyer.."
Ya Allah...usahaku pun x sebaik dirinya..layakkah aku??..semua ni makin menambah beban rasa bersalahku..
Adikku kata..."xpala kak, HE knows the best.." Yaa...aku harus jua akur, walaupun aku masih mnyimpan hasrat moga2 ada miracle from HIM di saat2 akhir..insyaAllah..
aku harap, segala yg aku peroleh selama puluhan tahun ku hidup di atas usaha yg x seberapa xkan menjauhkan diriku daripada-NYA...amin..
dan juga, mudah2an usaha sahabat2ku yang berjuang di Msia sentiasa dirahmati-NYA..amin..
pastinya, akan kubawa semangat juang korang bersamaku ke sana nanti.. InsyaAllah..
apa pun jua, kita study kerana-NYA di bumi-NYA..dan di peringkat ini, pengakhiran kita adalah sama iaitu untuk mndapat degree walau di mana jua kita ditempatkan oleh-NYA...sememangnya, tiada yg bernasib kurang baik..kita semua samada dapat fly o x, tetap bernasib baik kerana semua ini adalah yg terbaik yg telah ditentukan-NYA...
InsyaAllah, kita akan jumpa lagi, wahai adik2ku dan sahabat2ku...
0 pencelah:
Post a Comment