salam...
buku biru itu...karya Ustaz Hasrizal dgn tajuk yang menarik 'aku terima nikahnya' x pernah habis saya baca.. sebelum ni, ada jugak pinjam dari kawan n selak2 beberapa pages tp lepas tu tertidur..huhu..
entahlah, adakah kerana minda mmg belum serasi dgn prkataan nikah ataupun sy mmg malas mmbaca buku2 jenis cenggitu... takpalah, sekarang mmg bukan masanya untuk pikir hal2 sedemikian..kan??
walaupun macam tu, yang kurang enaknya dan yang merimaskan sy ialah banyak jugak la teman2 KYUEM yang obses dengan buku biru ini salu cakap pasal kawin awal.... perlu ke??
saya tanya sorang sahabat yang dah habis baca buku ni tentang apa yang menjadi intipati buku ni; ia menggalakkan para pembacanya supaya kawin awal ke??
sahabat ni kata; manada... kalau baca makin nak kawin lambat adala..(pembetulan, maaf ye..psl couple2 akan insaf tu drpd buku lain, dan ini adalah pndapat sahabat sy, kalau anda2 x stuju, terpulangla.. masing2 ada pndapat sendiri..)
owh...macam tu rupanya... habis tu, relevan ke isu pasal kawin awal yang salu sangat dihebohkan esp kat dalam post2, dalam shoutbox2..?
kalau yang dah bercouple n nak berkahwin awal, memang ok sangat2 lah tu... tapi kalau yang single2 n dikatakan jenis yang menjaga hubungan laki pompuan, agak membuang masa untuk membincangkan pasal isu ni sebab anda bukannya dlm kategori wajib pun untuk kawin dan anda pun bukannya tengah berpasangan pun sekarang..
pabila pikir2 balik, isu kawin ni macam diperlekehkan n dianggap macam suatu bnda yang senang je... Trust me la, bnyinya mmg macam seronok sebab ia menandakan suatu chapter baru dlm hidup, tapi ia bukan semudah yang disangka... bnyak tnggungjawab, kalau dah ada anak2 apatah lagi..
lebih bermanfaat kalau anda pikirkan tentang rancangan2 sebelum kawin.. ingat2la pasal membalas jasa mak, ayah, adik-beradik n masyarakat... sekarang ni kita guna duit depa, untuk serve balik kat depa.. kalau anda terus nak pikir pasal kawin, takut2 macam mementingkan diri je... lagipun, lepas kawin esp for girls la kan, masa depa terhad sangat2 untuk org lain selain suami dan anak2 brbanding diri anda yg sekarang; single..
jadi, bersyukurla anda masih single..bnyak yang kena buat tau... usah disentuh pasal kawin2 awal ni... dan takda faedahnya untuk usik-mengusik teman2 supaya kawin awal.. insyaAllah, pasal jodoh ni anda pikir2 la pabila anda dah berjaya memberi manfaat kepada persekitaran anda kerana sesungguhnya, itupun kesukaan-NYA... +)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pencelah:
Post a Comment